OLEH: MALIAH ADENAN

10 BUAH buku ahli Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA) dilancarkan serentak oleh Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, Dr. Hazami Jahari, bersempena dengan Kolokium 40 tahun PUTERA yang berlangsung di Mega Hotel, Miri Sarawak.

Lebih mengujakan, dua daripada buku yang dilancarkan merupakan terbitan PUTERA, iaitu kumpulan cerpen berjudul Delusi Cotard di Daerah Susastera yang memuatkan dua puluh buah cerpen, sementara buku antologi puisinya pula berjudul Wayang Sang Petualang memuatkan 118 buah puisi.

Turut dilancarkan buku Cinta Si Pengukir Kata, Tiba-tiba Ayahnya Menjadi Ular Sawa, Lian, Warna Sebenar Tak Dapat Disukat, Kisah Sarawak, Luka Merpati, Fajar Bersinar di Victoria Mesa dan Fantasia Wangsa Istimewa.

Menurut Ketua Satu PUTERA, Zainal Abidin Suhaili, setelah empat dekad mengharungi cabaran dalam arus sastera tanah air, berkat keutuhan perhubungan setia kawan, maka kolokium ini berjaya menyatukan ahli-ahlinya yang mempunyai pelbagai kaum.

“Kehadiran Jeli Bohari Biha dan William Chan selaku pengasas PUTERA amatlah bermakna buat kami sebagai generasi penerus gerakan persatuan,” tambahnya yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sasterawan Negeri Sarawak 2020.

Katanya lagi, penubuhan PUTERA secara rasmi pada tahun 1980 telah membuktikan keberadaan penggiat sastera dalam bandar pembangunan seperti Miri, malah persatuan yang juga berada di bawah Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) itu sebagai penggerak kepada kegiatan bahasa dan sastera di Sarawak sehingga kini.

Menerusi sesi Bicara PUTERA, lima orang ahli panel dijemput untuk membicarakan tentang sejarah, penglibatan dan kegiatan, peranan dan keberadaan serta perbincangan terhadap karya-karya yang terdapat dalam buku terbitan PUTERA.

Antara ahli panel yang turut serta dalam bicara tersebut termasuklah Jeli Bohari Biha, William Chan, Zainal Abidin Suhaili, Abang Median Abang Said dan Poul Nanggang. Turut menyerikan kehadiran pada kolokium tersebut ialah Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Abang Haliman Abang Julai.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    163703
    Visit Today : 670
    This Month : 16241
    Total Visit : 163703
    Hits Today : 2729
    Total Hits : 707230
    Who's Online : 14
  • Kategori