Buku ini memaparkan secara terperinci konsep keseimbangan sosial berdasarkan dalil-dalil yang jelas daripada al-Quran dan sunah. Perbincangan buku ini tertumpu pada cara bagaimana Islam mewujudkan keseimbangan sosial dalam masyarakat dan mengenal pasti faktor-faktor yang boleh mewujudkan ketidakseimbangan sosial. Kupasan yang diberikan penulis tidak hanya berlegar dari sudut teori malah membawa pembaca untuk menilai keadaan sosioekonomi masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Keunikan masyarakat majmuk di Malaysia menjadikan tugas kerajaan untuk mencapai keseimbangan sosial semakin mencabar. Keberkesanan dalam beberapa usaha kerajaan untuk menghapuskan jurang ekonomi dan sosial telah dianalisis secara kritikal oleh penulis.

Buku ini turut memberi kefahaman yang jelas dan tepat terhadap isu-isu ekonomi dan sosial yang sering disalah faham oleh kebanyakan manusia. Bagi mereka yang cinta akan keamanan, kesejahteraan, keadilan dan kesaksamaan, buku ini menyediakan perbahasan dan menyediakan jawapan yang mudah difahami pembaca. Perbincangan aspek sejarah lampau negara dan realiti masa kini dapat membantu pembaca meneroka masa hadapan masyarakat Malaysia dengan lebih gemilang.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    290305
    Pelawat Hari Ini : 499
    Pelawat Bulan Ini : 8878
    Jumlah Pelawat : 290305
    Hits Hari Ini : 1515
    Jumlah Hits : 772512
    Siapa Atas Talian : 5
  • Kategori