Bangsawan merupakan suatu bentuk seni persembahan yang mempunyai kesan yang mendalam terhadap peminat dan penggiatnya di Sarawak. Mereka pastinya tidak dapat melupakan kehebatan dan keseronokan menyertai dan menonton bangsawan. Bentuk-bentuk teater yang hadir selepas bangsawan daripada segala bentuk aspek teaterikal seperti lakonan, nyanyian, tarian, set pentas, kostum dan suasana pementasan.

Persembahan bangsawan di Sarawak bermula sekitar tahun 1930-an, terutamanya di kampung-kampung Melayu di sepanjang pesisir pantai Sarawak, setelah diperkenalkan oleh kumpulan bangsawan dari Tanah Melayu. Perbincangan tentang bangsawan di Sarawak meliputi empat fasa perkembangannya, iaitu “bangsawan Tanah Melayu”, “bangsawan kampung”, “bangsawan tahun 1980-an” dan “bangsawan alaf ke-21”.

Buku ini memperincikan perkembangan dan perubahan bangsawan di Sarawak selari dengan suasana ekonomi, politik dan sosial masyarakat Melayu tempatan dari tahun 1930-an hingga kini.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1046343
    Visit Today : 1239
    This Month : 28942
    Total Visit : 1046343
    Hits Today : 4085
    Total Hits : 4294650
    Who's Online : 8
  • Kategori