Naskhah persuratan silam kaya dengan maklumat yang berkaitan dengan prinsip, amalan dan ciri-ciri kekuasaan raja-raja Melayu yang sarat pula dengan pemikirannya yang asas dan asal. Sejarah dan tradisi penulisan naskhah yang berhubung dengan pemerintahan raja-raja bermula di istana-istana kesultanan Melayu seawal abad ke-16, sebagai usaha raja-raja dan para pengarang menyusun sejarah pemerintahan raja-raja dan pada masa yang sama menonjolkan, mengangkat dan meninggikan tamadun kehidupan orang Melayu.

Buku Kedaulatan dan Kekuasaan Melayu dalam Teks Sastera merupakan kumpulan esei, hasil kajian para sarjana yang khusus membicarakan pelbagai isu dan persoalan yang berhubung dengan kedaulatan dan kekuasaan raja-raja Melayu, khususnya bersumberkan naskhah-naskhah yang lahir daripada kepengarangan istana Melayu. Antara naskhah yang dijadikan sebagai rujukan ialah Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa, Misa Melayu, Tuhfat al-Nafis, Hikayat Johor, Hikayat Siak, Babad Tanah Jawa, Hikayat Upu Daeng Menambun dan Hikayat Pahang. Naskhah-naskhah Melayu ini merupakan dokumen sosial yang harus diketengahkan ke persada masyarakat agar sejarah dan rakaman peristiwa masa silam kekal menjadi ingatan dan pengajaran buat selama-lamanya.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1045811
    Visit Today : 707
    This Month : 28409
    Total Visit : 1045811
    Hits Today : 2305
    Total Hits : 4292870
    Who's Online : 14
  • Kategori