Judul              : Kedaulatan dan Kekuasaan Melayu dalam Teks Sastera

Editor              : Jelani Harun & Rogayah A. Hamid

Harga             : RM48.00

Tahun             : 2019

Penerbit         : Dewan Bahasa dan Pustaka

BUKU ini merupakan kumpulan esei dan hasil kajian para sarjana yang khusus membicarakan pelbagai isu dan persoalan yang berhubung dengan kedaulatan dan kekuasaan raja-raja Melayu, khususnya bersumberkan naskhah-naskhah yang lahir daripada kepengarangan istana Melayu. Antara naskhah yang dijadikan rujukan ialah Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa, Misa Melayu, Tuhfat al-Nafis, Hikayat Johor, Hikayat Siak, Babad Tanah Jawa, Hikayat Upu Daeng Menambun dan Hikayat Pahang.

Naskhah-naskhah Melayu ini merupakan dokumen sosial yang harus diketengahkan ke persada masyarakat agar sejarah dan rakaman peristiwa masa silam kekal menjadi ingatan dan pengajaran buat selama-lamanya.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1045057
    Visit Today : 1478
    This Month : 27656
    Total Visit : 1045057
    Hits Today : 5453
    Total Hits : 4290426
    Who's Online : 9
  • Kategori