Oleh SURYANI ZAKARIA

KEPENTINGAN pengajian hadith tidak dapat dinafikan lagi kerana hadith merupakan sumber kedua syariat Islam. Malahan, hadith juga merupakan ilmu teras dalam pengajian Islam. Senario masyarakat hari ini yang berhadapan dengan pelbagai masalah sosial dan keruntuhan institusi keluarga yang berkemungkinan berkait rapat dengan kejahilan ilmu agama dalam kalangan generasi hari ini. Oleh itu, generasi hari ini perlu diterapkan dengan ilmu-ilmu teras sebagai benteng bagi menghindarkan mereka daripada perkara-perkara yang boleh menyesat dan melalaikan.

Buku ini memberikan kupasan yang terperinci tentang kedudukan hadith dan peranannya dalam Islam, sejarah penulisan hadith, karya dan tokoh-tokoh hadith, metodologi penerimaan dan periwayatan hadith, rijal al-hadith, dan takhrij al-hadith.

Selain terdedah kepada hadith-hadith palsu atau mawdu’, masyarakat hari ini juga terkesan dengan propaganda orientalis yang menyebarkan hadith-hadith palsu ini. Justeru, penerbitan buku ini amat penting dan perlu dimiliki oleh setiap individu kerana dapat memberikan panduan mengenai hadith palsu dengan mengemukakan contoh-contoh hadith tersebut. Antara contoh hadith palsu, “Perselisihan umatku membawa rahmat”, “Sesiapa yang mengenali dirinya, seolah-olah dia telah mengenali Tuhannya”, dan “Sesiapa yang bercakap mengenai urusan dunia di masjid, maka sia-sialah amalannya selama 40 tahun”.

Penulis buku ini, Dr. Mohd. Muhiden Abd. Rahman, seorang yang prolifik dalam bidang hadith. Kini beliau bertugas sebagai Timbalan Pengarah, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri, Kota Bharu Kelantan. Antara buku tulisan beliau ialah Riwayat Hidup Imam Nawawi dan Sumbangannya kepada Pengajian Hadith, dan Riwayat hidup syeikh Nuruddin al-Raniri dan Sumbangannya kepada Pengajian Hadith.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1046638
    Visit Today : 254
    This Month : 29237
    Total Visit : 1046638
    Hits Today : 474
    Total Hits : 4295276
    Who's Online : 11
  • Kategori