Oleh NORAINI  ABD. SHUKOR

 

USIA 35 tahun bukanlah usia yang muda. Jika diukur dengan hayat manusia, 35 tahun sudah memasuki era kematangan. Begitu juga dengan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MBIM/MABBIM). Dalam tempoh 35 tahun ini, iaitu sejak penubuhannya pada tahun 1972 ramai tokoh yang terlibat dalam pertumbuhan dan perkembangan MBIM/MABBIM. Buku Tokoh Pembinaan Bahasa Melayu Serantau: 35 Tahun MABBIM yang ditulis oleh Dr. Raja Masittah Raja Ariffin ini dirancang penerbitannya semasa Mesyuarat Eksekutif MABBIM dalam Sidang ke-34 yang diadakan di Mataram, Indonesia pada tahun 2005.

Penulis telah membahagikan penulisannya kepada tiga bahagian, iaitu Pengasas dan Peneraju MBIM/MABBIM (Bab Dua), Penyumbang dan Penentuan Dasar dan Keputusan MBIM/MABBIM (Bab Tiga) dan Pakar Ilmu (Bab Empat). Pembahagian ini memudahkan pembaca untuk mendapatkan maklumat berdasarkan peranan tokoh-tokoh tersebut.

Antara tokoh yang ditampilkan dalam buku ini ialah Allahyarham Tun Syed Nasir Ismail, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Hussein Onn. Selain itu, tokoh-tokoh bahasa yang menentukan semua dasar dan keputusan juga ditampilkan, antaranya ialah Prof. Emeritus Dato’ Dr. Asmah Haji Omar, Datuk Dr. Hassan Ahmad, Profesor Dr. Farid M. Onn dan tokoh-tokoh lain yang terlibat dalam pelbagai disiplin ilmu.

Pembaca yang ingin mendapatkan maklumat tentang tokoh-tokoh penting dalam MBIM/MABBIM sejak penubuhannya sehingga kini wajar memiliki buku ini sebagai rujukan.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1046587
    Visit Today : 203
    This Month : 29186
    Total Visit : 1046587
    Hits Today : 364
    Total Hits : 4295166
    Who's Online : 9
  • Kategori