Oleh DIARANI MAT ADAM

BAGI memperluas pengajaran bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa komunikasi dan bahasa ilmu pengetahuan untuk penutur asing, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bersetuju menerima permohonan Jurusan Pengajian Asia Tenggara, Fakulti Sastera, Universiti Thammasat, Bangkok, Thailand untuk mengadakan lawatan ke agensi itu. Tujuan lawatan ini adalah untuk membincangkan kerjasama bagi menganjurkan kursus bahasa Melayu musim cuti semester.

Sebahagian peserta ketika mengikuti kelas yang diadakan.

Program yang pertama kali diadakan dengan Universiti Thammasat ini dilaksanakan pada 2-15 Mei lalu di DBP dengan memberikan tumpuan pada aspek pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu untuk penutur asing yang meliputi aspek ejaan, sebutan baku bahasa Melayu, pengucapan awam selain sejarah ringkas perkembangan bahasa Melayu. Program Peningkatan Penggunaan Bahasa Melayu ini seiring dengan visi DBP  menjadikan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama dunia.

Peserta terdiri daripada 14 orang pelajar dan seorang pensyarah pengiring daripada Fakulti Sastera, Universiti Thammasat yang juga berpeluang mengikuti penghayatan sastera melalui pengenalan peralatan dan permainan tradisional Melayu. Selain itu mereka juga didedahkan dengan kebudayaan Melayu dan dapat berinteraksi dengan penduduk tempatan melalui acara lawatan ke tempat-tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka Bandar Raya Bersejarah.

Peserta tidak melepaskan peluang bergambar dengan tenaga pengajar.

Para peserta juga diberi bimbingan untuk mengendalikan acara penutupan Program Peningkatan Penggunaan Bahasa Melayu Pelajar Universtiti Thammasat 2010 dengan mengadakan persembahan tarian tradisional Melayu, nyanyian lagu rakyat, puisi, dan pantun.  Mereka turut diberi sijil penyertaan.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    347199
    Visit Today : 720
    This Month : 41649
    Total Visit : 347199
    Hits Today : 2847
    Total Hits : 1418256
    Who's Online : 14
  • Kategori