Oleh LA HAMI AHMAD

Kain rentang wadah penyalur maklumat kepada masyarakat.

INTERNET memudahkan segala tugas harian kita. Kita boleh melakukan banyak perkara dengan hanya satu klik pada tetikus, daripada membaca dan membalas e-mel hinggalah kepada membayar bil secara dalam talian. Dalam kalangan masyarakat, terdapat laman sesawang jaringan sosial seperti Facebook,Friendster, Twitter, dan sebagainya. Dengan adanya Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), segala-galanya menjadi lebih lancar. Kerajaan telah melancarkan laman sesawang, www.malaysia.gov.my bagi memudahkan rakyat mengetahui perkara atau urusan yang berkaitan dengan Kerajaan. Iklan laman sesawang tersebut turut diletakkan di persimpangan jalan di sekitar Bandar Baharu Ampang.

Jika kita perhatikan frasa yang pertama, “Berurusan dengan Kerajaan secara online”, jelaslah bahawa online ialah perkataan Inggeris yang ditulis tanpa dicetak condong atau diitalikkan sedangkan perkataan tersebut ada padanannya dalam bahasa Melayu. Frasa tersebut sepatutnya menjadi “Berurusan dengan Kerajaan secara dalam Talian”. Satu kesalahan lain lagi ialah frasa “Pembaharuan Cukai Jalan & Lesen Memandu dan Lain-lain Perkhidmatan.” Frasa Inggeris other services diterjemahkan menjadi “lain-lain perkhidmatan”. Menurut Hukum D-M, diterangkan ialah “perkhidmatan-perkhidmatan”, manakala yang menerangkannya ialah “lain”, oleh itu, frasa yang betul ialah “Pembaharuan Cukai Jalan, Lesen Memandu, dan Perkhidmatan-perkhidmatan Lain.”

Hal ini mengingatkan kita kepada cogan kata yang dicanangkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, “Kepimpinan melalui Teladan.” Rakyat akan menyenangi Kerajaan sekiranya Kerajaan menggunakan bahasa kebangsaan yang betul. Bersama-samalah kita mendaulatkan bahasa kebangsaan.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1046158
    Visit Today : 1054
    This Month : 28757
    Total Visit : 1046158
    Hits Today : 3415
    Total Hits : 4293980
    Who's Online : 10
  • Kategori