Oleh SITI RUZAIHA MOHD. RIFFIN

Ahli kumpulan Rayyan bergambar kenangan dengan anugerah yang dimenangi.

Bermatlamat membawa mesej pemikiran Islam melalui konsep berhibur dalam zikrullah, kumpulan nasyid Rayyan terus menapak dalam industri nasyid tempatan dengan melakar beberapa kejayaan yang mengharumkan nama organisasi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Kumpulan nasyid yang dianggotai oleh lima  staf DBP, Encik Mohd. Fadzli Tajuid, Encik Razid Sahran, Encik Mohd. Zamri Abdul Hamid, Encik Nasaruddin Nasir dan Encik Mohd. Rizan Yusuf ini dipimpin oleh komposer berpengalaman, Encik Mahzan Manan dan diketuai oleh Encik Abu Bakar Buyong berhasrat untuk mengangkat dan memartabatkan keindahan dan kehalusan seni Islam.

Kumpulan nasyid Rayyan ditubuhkan pada Februari 2004 hanya untuk mewakili Kementerian Pelajaran dalam Festival Nasyid Antara Kementerian anjuran Jabatan Perdana Menteri pada tahun tersebut. Namun kerana kesungguhan dan bakat yang ada, Rayyan terus menapak dalam industri nasyid tempatan yang berkonsepkan berhibur dalam zikrullah.

Rayyan berdakwah melalui lirik lagu yang diperdengarkan apabila memuji keagungan dan keindahan ciptaan Tuhan dengan gaya persembahan yang menarik. Selain itu,  lagu-lagu Rayyan dapat memartabatkan keindahan bahasa dan kesusasteraan Melayu melalui lirik lagu yang disampaikan.

Sepanjang penubuhan, Rayyan telah melakar sejarah apabila dipilih oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mewakili negara ke Festival Seni Budaya Islam Negara-Negara Anggota MABIMS, iaitu Pertemuan Tidak Rasmi Menteri-menteri Agama Brunei Darusalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura di Jakarta Indonesia pada 15-18 Disember 2006. Di samping kejayaan lain, Rayyan kerap kali diundang mengadakan persembahan dalam majlis rasmi jabatan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan mahupun orang perseorangan.

Ahli kumpulan Rayyan bersama ketua kumpulan Encik Abu Bakar Buyong (kanan).

Antara pencapaian yang ditempa oleh kumpulan nasyid Rayyan;
• Johan dan Persembahan Terbaik Festival Nasyid antara Kementerian 2004.
• Naib Johan Festival Nasyid antara Kementerian 2005.
• Johan dan Persembahan Terbaik Festival Nasyid antara Kementerian 2006. • Johan Kategori Nasyid Moden dan Persembahan Terbaik Festival Nasyid
Peringkat Kebangsaan 2006 anjuran JAKIM.
• Mewakili negara Malaysia ke Festival Seni Budaya Islam di Jakarta, Indonesia pada 2006.
• Persembahan selingan sempena MTQ peringkat Antarabangsa ke-49/2007.
• Johan Kategori Nasyid Marhaban di ASTRO 2007.
• Artis undangan Malaysia Hari ini (MHI) TV3, 30 Julai 2009.
• Artis undangan Malaysia Hari Ini (MHI) TV3, 11 September 2009.
• Bersama Artis dalam Rancangan Salam FM terbitan Radio JAKIM/ RTM, 3 Oktober 2009.
• Artis undangan Festival Qasidah Gambus Provinsi Aceh 2010, Banda Aceh, Indonesia, 12-17 Mac 2010.
• Persembahan sempena sambutan ulang tahun DBP ke-54, 21 Jun 2010, Balai Budaya  Tun Syed Nasir DBP.

Kumpulan nasyid Rayyan ini berharap konsep berhibur dalam zikrullah  yang disampaikan ini dapat didukung bersama-sama oleh seluruh kumpulan nasyid supaya peminat atau masyarakat mendapat hiburan yang tidak melalaikan malah dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa prihatin dengan aliran hedonisme yang kian mengancam umat Islam pada ketika ini.
Untuk maklumat lanjut sila layari:
http://www.rayyan.myportal.my

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1046101
    Visit Today : 997
    This Month : 28700
    Total Visit : 1046101
    Hits Today : 3249
    Total Hits : 4293814
    Who's Online : 14
  • Kategori