Pelaburan merupakan komitmen wang atau modal untuk membeli instrumen kewangan atau aset lain bagi mendapatkan hasil yang menguntungkan dalam bentuk bayaran faedah, pendapatan, atau penambahan nilai instrumen. Pelaburan terlibat dalam pelbagai bidang ekonomi, seperti pengurusan perniagaan dan kewangan, syarikat atau kerajaan.

Rasuah ditakrifkan perbuatan salah guna kuasa untuk mengayakan atau memberikan kelebihan kepada individu, anggota keluarga dan kenalan rapat ketika seseorang itu diamanahkan tanggungjawab menguruskan sesuatu perkara. Rasuah sebenarnya adalah gejala penyimpangan moral dan pelakunya adalah orang yang kurang bermoral atau tidak berakhlak.

Apakah yang dimaksudkan dengan intelektual? Menurut James Maccregor Burns dalam bukunya Leaderships, intelektual adalah “a devotee of ideas, knowledge and values” atau seorang yang terlibat secara analitis dan kritis dengan nilai, tujuan dan cita-cita yang diperjuangkan. Intelektual juga pendukung atau penentang sesuatu ideologi, budaya dan pembawaan masyarakat serta melihat perkara dalam perspektif yang berbeza.

Bahasa Melayu merupakan bahasa yang menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Kita perlu berbangga dengan bahasa kebangsaan kerana mencerminkan identiti nasional dan masyarakat negara ini.

  • Arkib

  • Statistik

    1061725
    Visit Today : 876
    This Month : 9978
    Total Visit : 1061725
    Hits Today : 3100
    Total Hits : 4359432
    Who's Online : 16
  • Kategori