Karnival Bahasa Jiwa Bangsa bagi tahun 2015 telah diadakan pada 10 dan 11 Oktober 2015, bertempat di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor setar, Kedah.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri DBP 2015 telah berlangsung pada 11 Ogos 2015. Majlis ini turut dihadiri oleh mantan petugas DBP, tetamu kehormat dan wakil media.

Majlis Ikrar Integriti Korporat DBP telah berlangsung di Dewan Bankuet, DBP pada 6 Ogos 2015. Pada majlis ini juga turut diadakan forum yang bertajuk “Integriti Lawan Rasuah: Siapa Menang Siapa Kalah”.

Wacana Pengurusan berjudul “Jenayah Siber dan Multimedia” telah diadakan di Dewan Seminar Dato’ Hassan Ahmad, DBP pada 29 Julai 2015. Penceramah undangan ialah ACP Ahmad Noordin Ismail, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman.

Lanjutan daripada pameran lukisan “Gema Hati 2”, lahirlah sebuah buku yang menghimpunkan lukisan dan puisi terpilih Mazlan Noor (Along) selama 42 tahun (1973 – 2015), termasuk semasa berkhidmat di DBP selama 30 tahun. Majlis pelancaran buku yang diberikan judul Dan Kembara Kuteruskan telah berlangsung diAkademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) baru-baru ini. Majlis pelancaran buku telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Zakaria Ali, Ahli Sejarawan dan Pengkritik Seni Visual.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Hasan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Seminar Institusi Raja Ke-3 (Siraj 3) telah diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka baru-baru ini. Majlis perasmian disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putera Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Malam Perhimpunan Melayu telah diadakan baru-baru ini di Stadium Putra, Bukit Jalil.  Majlis perasmian disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak. Sebagai penganjur bersama, Datuk Dr. Haji Awang Sariyan dan staf DBP turut hadir pada perhimpunan itu.

  • Arkib

  • Statistik

    1057481
    Visit Today : 668
    This Month : 5734
    Total Visit : 1057481
    Hits Today : 2694
    Total Hits : 4341477
    Who's Online : 13
  • Kategori