Kepimpinan Rabbani merujuk kempimpinan yang menitikberatkan perkongsian tanggungjawab dan pertanggungjawaban dengan menunjukkan amalan kempimpinan yang didorong oleh pertimbangan moral untuk mendapatkan keredaan Allah SWT.

Kategori: Buku Baharu

Buku ini memberikan kupasan tentang kisah Nabi Yusuf a.s dalam konteks pengurusan emosi yang menjadi inti pati di sebalik 111 ayat dalam Surah Yusuf. Kisah Nabi Yusuf a.s dianggap sebagai sebuah cerita yang paling indah dalam Al-Quran sebagaimana yang diungkapkan dalam firman Allah SWT pada awal Surah Yusuf yang bermaksud : "Kami akan ceritakan kepada engkau sebuah cerita yang paling baik".

Kategori: Buku Baharu

Al-Amin ialah sebuah puisi panjang yang dicuba penulisnya sesudah matang sebagai penyair melalui lebih 4 dekad. Dengan rangkap yang biasanya berimbang, bahasa yang sering kaya irama, A.Samad Said memulainya dengan menjejaki kehidupan Rasulullah SAW dari awal bergeloranya zaman jahiliah kepada detik-detik syahdu keputeraan Baginda.

Kategori: Buku Baharu

Siri Seni Khat: Kaedah Dan Panduan Khat Farisi Penulis: Jainal Sakiban Penerbit: Dewan Bahasa Pustaka Harga : RM 35 Orang yang mula-mula menemui tulisan ini ialah Khattat Farisi Mirghali Sultan Al-Tabrizi (1416 M). Tulisan ini disebut juga dengan Khat Ta’liq maknanya bergantung, bergayut atau melekat. Khat jenis ini dikembangkan oleh masyarakat Parsi daripada tulisan arab kuno yang disebut Firamuz. Ibn Nadim dalam bukunya al-fahrasat mengatakan bahasa Firamuz sebagai khat Al-Quran yang […]

Kategori: Buku Baharu

MALAYSIA merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik. Kepelbagaian budaya di Malaysia adalah kerana Malaysia ialah sebuah negara yang mengandungi masyarakat majmuk. Penulis mengambil definisi konsep masyarakat majmuk oleh J.S Furnivall kerana definisi ini banyak digunakan dalam bahan rujukan di Malaysia. Masyarakat majmuk menurut J.S. Furnivall (1948) merujuk kepada sebuah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa, dan adat resam yang tersendiri meskipun berada di bawah satu sistem politik yang sama.

Kategori: Bicara, Featured

Majlis Pelancaran Program Arkeopelancongan dan Program Arkeologi Junior telah diadakan pada 17 Februari 2020 bertempat di Restoran Town Steel Kitchen, Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Kategori: Featured, Warisan

KARNIVAL Jualan Buku Malaysia DBP-ITBM-MABOPA-MAPIM buat julung kalinya diadakan pada 27 Februari - 8 Mac 2020 di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. Acara yang diadakan ini bersempena dengan Kuala Lumpur yang dinobatkan sebagai Kota Buku Dunia 2020 dengan slogan ‘KL Baca - Caring Through Reading’ oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Selain itu, acara ini juga diadakan sempena Gerakan Dekad Membaca Kebangsaan.

Kategori: Berita, Featured
  • Arkib

  • Statistik

    1046998
    Visit Today : 614
    This Month : 29597
    Total Visit : 1046998
    Hits Today : 1452
    Total Hits : 4296254
    Who's Online : 16
  • Kategori