Memiliki zuriat menjadi idaman bagi setiap pasangan yang berumah tangga. Walau bagaimanapun tidak semua pasangan dikurniai zuriat dengan mudah. Ada yang cepat mendapat zuriat; ada yang bertahun-tahun berkahwin belum mendapat zuriat; ada yang tidak mendapat zuriat langsung hingga akhir hayat.

Kategori: Buku Baharu

Keunikan pakaian tradisinal Murut dinilai berdasarkan kompisisi aksesori yang diperagakan. Kecantikan pemakai pula terserlah apabila pelbagai aksesori terpasang pada anggota badan, iaitu di kepala, leher, pinggang, tangan dan kaki. Komposisi aksesori ini diserlahkan lagi oleh warna hitam yang menjadi warna latar pakaian tradisional Murut.

Kategori: Buku Baharu

Kanak-kanak merupakan golongan yang sentiasa memerhatikan persekitaran dan mempunyai banyak persoalan tentangnya. Mereka juga golongan yang mudah menerima dan menyimpan maklumat. Oleh itu mereka sentiasa perlu dibekalkan maklumat yang berfaedah.

Kategori: Buku Baharu

Karangan yang cemerlang bukanlah karangan yang ditulis dengan tatabahasa yang betul, fakta yang tepat, frasa yang menarik atau bahasa yang indah sahaja, malah perlu dihasilkan dengan menggunakan kaedah yang berkesan agar setiap perenggan ada unsur pertautan atau kesinambungan. Semua yang diperlukan ini terdapat dalam buku yang ditulis oleh Guru Cemerlang Bahasa Melayu dan panel penulis buku Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah dan Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Menengah.

Kategori: Buku Baharu

Dalam kalangan guru mahupun pelajar sering timbul masalah menentukan Ta Marbutah dan Ta Maftuhah. Ta Marbutah Biasanya dikenal sebagai Ta Simpul ( ة ). Kedudukan Ta Marbutah ( ة ) dalam perkataan adalah di akhir perkataan.

Kategori: Jawi

Bagi menarik golongan muda supaya meminati genre puisi, Bengkel Penulisan Sajak telah diadakan di Makmal Kesusasteraan Universiti Sains Malaysia (USM) pada 2 Mac 2019. Program ini merupakan anjuran bersama-sama Bahagian Kesusasteraan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM, Persatuan Karyawan Pulau Pinang dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kategori: Berita, Featured

Buku Bahasa Melayu Di Daratan Asia Tenggara – Pendekatan Sejarah dan Geolinguistik karya Profesor Emeritus Dato’ Dr Asmah Haji Omar yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah dilancarkan oleh Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. Mohamed Hatta Shaharom, Pengerusi Lembaga Pengelola, DBP, pada 5 April 2019 di Pentas Utama Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019.

Kategori: Berita, Featured

Tirai April dibuka dengan penganjuran program kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA), Kuala Lipis, Pahang. Program Penghayatan dan Seni Persembahan Sastera Tradisional (syair) dan Sastera Moden (puisi) telah diadakan pada 2 – 4 April 2019 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang (BTPN), Beserah, Kuantan, Pahang. Seramai 22 orang pensyarah dari 15 buah institusi pendidikan guru seluruh Malaysia telah menyertai program ini, iaitu IPGK Ilmu Khas, IPGK Pendidikan Teknik, IPGK Bahasa Antarabangsa, IPGK Ipoh, IPGK Raja Melewar, IPGK Perempuan Melayu, IPGK Tengku Ampuan Afzan, IPGK Sultan Abdul Halim, IPGK Dato’ Razali Ismail, IPGK Sultan Mizan, IPGK Kota Baharu, IPGK Gaya, IPGK Kent, IPGK Keningau, dan IPGK Batu Lintang.

Kategori: Berita, Featured
  • Arkib

  • Statistik

    1062979
    Visit Today : 708
    This Month : 11232
    Total Visit : 1062979
    Hits Today : 2456
    Total Hits : 4365241
    Who's Online : 10
  • Kategori