Kepentingan bidang sosiologi dalam kesusasteraan sememangnya telah dipaparkan dalam karya novel, cerpen, drama, puisi, karya agung kesusasteraan Melayu tradisional dan karya agung kesusasteraan Melayu klasik. Seterusnya, definisi kesusasteraan menurut Ayadurai Letchumanan dan Sivachandralingam Sundarajah (2004: 141) dalam Tamadun Dunia, berasal daripada perkataan dalam bahasa Sanskrit, iaitu castra dan syastra yang bermaksud kitab suci.

Kategori: Makalah

Novel Puteri Delima yang berlatarkan kehidupan golongan bangsawan di Istana Canderawani ini mengisahkan suka duka Puteri Hani yang sangat jelita bergelar Puteri Delima. Dia dilahirkan dan membesar dalam lingkungan enam orang adik-beradik satu ayah, iaitu Puteri Intanku Sura, Puteri Intanku Duli, Puteri Intanku Tia, Puteri Intanku Pati, Puteri Intanku Lila dan Puteri Intanku Inam di Istana Canderawani.

Kategori: Ulasan Buku

Hari ini terdapat kecenderungan sesetengah masyarakat, terutamanya golongan peniaga menggunakan ejaan lama untuk menamakan produk. Antaranya menggunakan perkataan seperti chantek, chinta, lesong, kampong dalam beberapa produk penjagaan diri dan makanan.

Kategori: Featured, Puji & Tegur

Pada 29 Oktober 2018, berlangsungnya majlis perasmian Anjung DBP oleh Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Profesor Dr. Mohamed Hatta Shaharom. Anjung DBP yang terletak di Aras Lantai Menara DBP ini terdiri daripada tiga komponen, iaitu kedai buku, kafe buku dan kaunter pengesahan bahasa. Selain kedai buku yang berada di Anjung DBP ini, kedai buku DBP juga terletak di tiga lokasi sedia ada, iaitu di Kompleks DBP Hulu Kelang, DBP Cawangan Sarawak dan DBP Cawangan Sabah.

Kategori: Berita, Featured
  • Arkib

  • Statistik

    1062879
    Visit Today : 608
    This Month : 11132
    Total Visit : 1062879
    Hits Today : 2056
    Total Hits : 4364841
    Who's Online : 9
  • Kategori