Setiap hari kita akan berhadapan dengan kesalahan tatabahasa di dalam pelbagai media, baik media konvensional mahupun media sosial seperti Facebook, Whatsapp dan Twitter. Selain kesalahan tatabahasa, kesalahan ejaan juga sudah semakin lazim sama ada dalam bahasa Malaysia mahupun bahasa Inggeris.

Kategori: Featured, Puji & Tegur

Perlis mungkin negeri yang terkecil di Malaysia, tetapi negeri ini mempunyai keindahan alam, kebudayaan dan sejarah yang unik. Awang Batil merupakan teater penglipur lara yang terdapat di Perlis. Pada mulanya, Awang Batil dikenali dengan nama “Awang Belanga” kerana menggunakan belanga sebagai alat muzik ketika melakukan penceritaan daripada satu babak kepada babak yang lain.

Kategori: Featured, Warisan

Majlis Perhimpunan Bulanan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi bulan Julai 2018 mencatat sejarah tersendiri apabila Profesor Dr. Mohamed Hatta Shaharom yang dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola, DBP yang baharu pada 9 Julai 2018, menyampaikan amanat sulungnya kepada warga DBP dengan cara dan persembahan yang cukup menarik. Majlis Perhimpunan Bulanan dan Amanat Pengerusi Lembaga Pengelola DBP ini berlangsung di Balai Budaya Tun Syed Nasir.

Kategori: Berita, Featured

Persidangan media telah diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bersempena dengan kemenangan supertelefilem Srengenge dalam Anugerah Telenovela 2018. Supertelefilem ini diadaptasi daripada novel karya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad yang diterbitkan oleh DBP pada tahun 1973.

Kategori: Berita, Featured

PADA 31 Julai 2018, telah berlangsung Festival Bahasa dan Sastera 2018 di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Festival ini merupakan program anjuran DBP dengan kerjasama Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia, Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia, Persatuan Guru Besar Sekolah Tamil Malaysia, dan Persatuan Penterjemahan dan Penulisan Kreatif Malaysia (PERSPEKTIF).

Kategori: Berita, Featured

Sejak akhir-akhir ini perkataan membawang menjadi begitu popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Perkataan ini bukan sahaja diperkatakan oleh golongan remaja, malah turut menjadi bahasa basahan dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak. Perkataan membawang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan dalam media sosial, seperti twitter, whatapss, facebook dan instragram. Media cetak, seperti akhbar, juga memaparkan tajuk berita yang menggemparkan yang turut menggunakan perkataan membawang sebagai tajuk utama bagi menarik perhatian pembaca untuk membaca berita dan artikel yang disiarkan. Media massa, seperti TV dan Youtube, juga tidak ketinggalan memaparkan iklan yang menggambarkan situasi membawang.

Kategori: Featured, Makalah
  • Arkib

  • Statistik

    1063247
    Visit Today : 976
    This Month : 11500
    Total Visit : 1063247
    Hits Today : 3503
    Total Hits : 4366288
    Who's Online : 8
  • Kategori