Kumpulan cerpen ini mengangkat persoalan yang merangkumi bahasa, budaya, sejarah, kekeluargaan dan kemasyarakatan, disulami pengalaman serta pengamatan penulis. Penulis mengharapkan pembaca mendapat manfaat daripadanya dan berfikir tentang jalur kehidupan yang berbeza daripada yang biasa ditanggapi.

Kategori: Buku Baharu

Hubungan antara sastera dengan politik tidak dapat dinafikan kerana perkembangan politik turut mempengaruhi perkembangan sastera sesebuah negara. Malahan karya sastera turut diwarnai oleh unsur politik, seperti pertentangan ideologi, permusuhan, perebutan kuasa, mempertahankan kuasa dan penyelewengan kuasa.

Kategori: Buku Baharu

Buku ini memberikan pengetahuan tentang hubungan antara undang-undang dengan jenayah. Apakah yang dimaksudkan dengan jenayah dan apakah yang membentuk sesuatu perbuatan itu menjadi jenayah. Tahukah anda bahawa ada perbuatan yang salah itu tidak dikatakan sebagai jenayah? Ada ketikanya seseorang itu terlepas daripada sabitan atau hukuman atas sebab-sebab yang tertentu.

Kategori: Buku Baharu

Ikat limar merupakan kain ikat benang pekan yang dihasilkan melalui teknik sofistikated dengan menggunakan benang pekan yang dicelup warna. Teknik ini didokumenkan dalam banyak karya sastera klasik dan puisi dan diiktiraf sebagai tekstil yang paling halus dan bernilai tinggi.

Kategori: Ulasan Buku
  • Arkib

  • Statistik

    1063052
    Visit Today : 781
    This Month : 11305
    Total Visit : 1063052
    Hits Today : 2758
    Total Hits : 4365543
    Who's Online : 16
  • Kategori