Salah satu objektif penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ialah memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan. Justeru, DBP dan Syarikat Arca Creative House Sdn. Bhd. telah bekerjasama dalam satu projek pelesenan adaptasi novel Srengenge, karya SN Dato’ Prof. Emeritus Haji Shahnon Ahmad yang diterbitkan oleh DBP ke bentuk supertelefilem.