A. Kadir Adabi pernah bekerja sebagai penulis petisyen. Sebahagian besar hidupnya dihabiskan dengan bergiat dalam bidang penulisan dan penerbitan dengan menggunakan nama pena seperti A.K., A.K. Adabi Madrasi, Abna Adabi, Abu Mansur Kelantan, Adabi, Akba, Aki, Al-Mansur Adabi, dan Wook bt. Abdullah. Pada tahun 1929, beliau bersama-sama beberapa orang temannya telah menubuhkan Kelab Putera, iaitu sebuah persatuan yang bergerak dalam lapangan intelektual dan kemasyarakatan.

Kategori: Tokoh

Umumnya ada dua variasi bahasa Melayu yang dominan, iaitu variasi Malaysia dan variasi Indonesia. Bahasa Melayu Brunei masih amat rapat dengan variasi Malaysia jika dibandingkan dengan variasi Indonesia, dan oleh itu dapat dikelompokkan dalam variasi Malaysia.

Kategori: Catatan KP

Di Bawah Unggun Api adalah bukti kesungguhan A.Rahman C.M. menghasilkan cerpen. Sebanyak 24 buah cerpen yang termuat dalam kumpulan ini adalah garapan A. Rahman C.M. dari tahun 1967 hingga 2003. Kesemua cerpen ini pernah mendapat tempat di dada akhbar dan majalah tempatan.

Kategori: Ulasan Buku

Biasanya apabila kita hendak mengeja sesuatu perkataan yang suku kata pertamanya terbuka [a] dan suku kata keduanya bukan suku kata terbuka [a], mestilah disertakan huruf alif.

Kategori: Jawi
  • Arkib

  • Statistik

    1062423
    Visit Today : 152
    This Month : 10676
    Total Visit : 1062423
    Hits Today : 602
    Total Hits : 4363387
    Who's Online : 18
  • Kategori