BERSEMPENA dengan sambutan ulang tahun ke-12 bandar raya Miri, pelbagai acara kebudayaan diadakan pada bulan Mei. Satu daripadanya ialah Malam Pengucapan Puisi Bandaraya Miri 2017. Acara anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS), dengan dukungan Kerajaan Negeri Sarawak, merupakan acara tahunan yang mengisi salah satu program dalam kalendar Miri May Fest semenjak pertama kali diadakan pada tahun 2013. Kejayaan penganjurannya sebelum ini merangsang DBPCS untuk meneruskannya pada tahun ini.

Kategori: Berita, Featured

Kolej Kediaman Kinabalu, Universiti Malaya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mengadakan Karnival Citra Bahasa dari 20 hingga 23 April 2017 yang lalu. Karnival ini terbuka kepada mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh Malaysia dan juga para pelajar sekolah menengah.

Kategori: Berita, Featured

PADA 3 Mei 2017 yang lalu, sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2017, telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Buku Informatif Kanak-kanak DBP di Pentas Utama, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Sebanyak tujuh siri buku dilancarkan iaitu Siri Keselamatan, Siri Bacaan Moral, Siri Pendidikan Adab dan Akhlak, Siri Cerita Saya dan Kawan-kawan, Buku Bergambar Kanak-kanak, Siri Haiwan Kecil, dan Siri Saya Sayang Badan Saya. Kesemua siri ini berjumlah 39 judul, yang ditulis oleh 13 orang penulis.

Kategori: Berita, Featured

TAHUN 2017 merupakan tahun kesepuluh penganjuran Program Pembinaan Bakat Siswa, atau nama sebelum ini dikenali sebagai Akademi Sastera. Program ini merupakan antara program tahunan yang dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi. Pada tahun ini, DBP mendapat kerjasama baharu daripada Kementerian Belia dan Sukan dan Pusat Belia Antarabangsa untuk melaksanakannya.

Kategori: Berita, Featured

Sebanyak 22 buah buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang bertemakan perubatan telah dilancarkan di PWTC bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017. Seramai 42 orang penulis yang menghasilkan buku perubatan ditulis sama ada secara perseorangan atau secara berkumpulan ini terdiri dalam kalangan pakar perubatan dan ahli akademik daripada enam buah IPTA dan dua buah hospital.

Kategori: Berita, Featured

Pada 29 April 2017 yang lalu, telah berlangsungnya perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 (PBAKL) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia.

Kategori: Berita

Salah satu objektif penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ialah memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan. Justeru, DBP dan Syarikat Arca Creative House Sdn. Bhd. telah bekerjasama dalam satu projek pelesenan adaptasi novel Srengenge, karya SN Dato’ Prof. Emeritus Haji Shahnon Ahmad yang diterbitkan oleh DBP ke bentuk supertelefilem.

Kategori: Berita

Sastera khususnya puisi berupaya menjadi wadah yang menggabungkan kekuatan intelektual dan emosi dalam mengungkapkan mesej besar peradaban manusia. Dalam konteks Malaysia, puisi bukan sahaja menjadi warisan tradisi bangsa, bahkan dimanfaatkan untuk memperjuangkan kemerdekaan dan mengisi kemerdekaan dalam negara menuju kemajuan akal budi serta material.

Kategori: Berita, Featured
  • Arkib

  • Statistik

    1048871
    Visit Today : 1189
    This Month : 31470
    Total Visit : 1048871
    Hits Today : 3966
    Total Hits : 4303012
    Who's Online : 12
  • Kategori