KEMELUT penerbitan buku di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang disiarkan dalam Sastera BH kelmarin dengan memetik kenyataan daripada Sasterawan Negara (SN) Ke-12, Datuk (Dr.) Baharuddin Zainal atau lebih dikenali sebagai Baha Zain, bukan perkara baru. Baha yang melontarkan tegurannya pada Dialog Sastera – Mengangkat Karya Sastera: Halangan dan Cabaran mahu DBP mencari jalan penyelesaian segera bagi mengatasi kemelut yang melanda badan berkanun berkenaan berhubung perkara itu. Dialog itu berlangsung […]

Kategori: DBP dalam Akhbar

 “Tolong selesaikan masalah penerbitan buku di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) secepat mungkin.” Itu rayuan Sasterawan Negara (SN) Ke-12, Datuk (Dr.) Baharuddin Zainal atau lebih dikenali sebagai Baha Zain. Ironinya, rayuan SN yang juga mantan Timbalan Ketua Pengarah  DBP itu  bukan  dilontarkan pada acara anjuran institusi  sastera berkenaan, sebaliknya  pada Dialog Sastera – Mengangkat Karya Sastera: Halangan dan Cabaran di Istana Budaya (IB), Kuala  Lumpur, baru-baru ini. Rayuan  Penerima Anugerah […]

Kategori: DBP dalam Akhbar

APAKAH wujud pengarang berbobot yang tercicir daripada Anugerah Penulisan Asia Tenggara  (SEA Write) terutama mereka yang berada di luar Lembah Klang? Sekali imbas nama seperti Norhisham Mustafa di Kelantan, Marzuki Ali (Terengganu), Marsli NO (Pahang), Datuk Dr Adi Badiozaman Tuah (Sarawak), Jasni Matlani (Sabah) dan Othman Zainuddin (Johor) masih belum bergelar penerima anugerah berprestij di Asia Tenggara itu. Justeru, timbul persoalan apakah pengarang yang sudah pun membuktikan kepengarangan dan ketokohan […]

Kategori: DBP dalam Akhbar

Tiga tahun mutakhir ini, pengarang sastera menikmati keadaan ibarat bulan naik, matahari pun naik, apabila satu demi satu dana penerbitan diwujudkan bagi memeriahkan industri bahan bacaan negara ini, khususnya bahan berkaitan sastera. Bermula dengan peruntukan RM5 juta yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada Disember 2011 yang disalurkan melalui Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) yang dapat memacu penerbitan buku di negara ini, terutama karya asli penulis muda dalam semua genre. Pada April lalu pula, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengumumkan peruntukan khas RM2 juta kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk membantu penulis menggiatkan usaha penghasilan karya bermutu dan kegiatan persatuan penulis.

Kategori: DBP dalam Akhbar

Pentauliahan kepada 21 pengarang mapan tanah air yang diangkat sebagai Munsyi Dewan (Sastera) adalah antara usaha Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk membina kumpulan pakar rujuk yang akan membimbing pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) dan umum. Mereka juga akan diberikan tanggungjawab mengendalikan kursus genre kesusasteraan tradisional dan moden, selain turut bertanggungjawab menulis makalah berkaitan sastera untuk dibentangkan pada acara peringkat negeri, kebangsaan mahupun di luar negara.

Kategori: DBP dalam Akhbar
  • Arkib

  • Statistik

    1046563
    Visit Today : 179
    This Month : 29162
    Total Visit : 1046563
    Hits Today : 322
    Total Hits : 4295124
    Who's Online : 16
  • Kategori