Oleh NORAZLINDA MISRAN

FESTIVAL Muzium Nelayan – Puisi Dunia Numera 2018 akan diadakan pada 7 dan 8 Disember 2018 di Tanjung Balau, Johor.

Majlis pembukaan sidang media Festival Muzium Nelayan – Puisi Dunia Numera diserikan dengan deklamasi puisi oleh Lin Haslinaz, deklamator kebangsaan.

Program anjuran Persatuan Sasterawan Numera (Nusantara Melayu Raya), dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), ini akan menampilkan 50 orang seniman dunia dari lapan buah negara yang terdiri daripada Sasterawan Negara, tokoh seni, penyair, sarjana, pengkaji budaya dan artis.

Dr. Mohd Hanafi Ibrahim, Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka turut menyampaikan ucapan dalam siding media tersebut.

Festival ini akan diserikan dengan acara pameran seni, permainan berasaskan sastera, kunjungan ke sekitar Johor Tenggara, dan kemuncaknya ialah persembahan muzik tradisional kebangsaan dalam Konsert Seni Tradisi Nusantara serta penyampaian Anugerah Sastera Dunia Numera 2018.

Menurut pengarah program, Umar Uzair, sebagai acara yang telah memasuki tahun keempat penganjurannya, penganjur mengambil inisiatif untuk mengadakan program ini di Johor setelah dua kali diadakan di Kuala Lumpur. Hal ini bertepatan dengan hasrat Kerajaan Negeri Johor yang ingin memperbanyak kegiatan kesenian menjelang Tahun Melawat Johor 2020 selain Kuala Lumpur Kota Buku Dunia 2020.

SN Dato’ Dr. Kemala mengumumkan penerima Anugerah Puisi Dunia Numera 2018.

Dalam persidangan media itu, Sasterawan Negara Dato’ Dr. Ahmad Khamal Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Kemala, Presiden Numera, turut mengumumkan penerima Anugerah Tokoh Persuratan Dunia Numera, Anugerah Patria Numera dan Anugerah Srikandi Numera. Tema festival kali ini “Puisi Melayu Mata Kalbuku”. Sehubungan dengan itu, orang ramai dijemput hadir memeriahkan Festival Muzium Nelayan – Puisi Dunia Numera 2018 ini.

wakil penganjur Festival Muzium Nelayan – Puisi Dunia Numera bergambar bersama-sama SN Dato’ Dr. Kemala (tengah).

Ruangan Maklum Balas ditutup.

  • Arkib

  • Statistik

    1046026
    Visit Today : 922
    This Month : 28625
    Total Visit : 1046026
    Hits Today : 3021
    Total Hits : 4293586
    Who's Online : 9
  • Kategori