Pada 19 dan 20 September 2017, Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan Seminar Linguistik Kebangsaan 2017 (SLiK 2017) yang diadakan di Dewan Seminar Dato’ Hassan Ahmad, Menara DBP, Kuala Lumpur. SLiK 2017 yang bertemakan “Bahasa dan Akal Budi Bangsa” telah dirasmikan oleh Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Abdul Karim, Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa merangkap Penasihat PLM.

Kategori: Berita, Featured

Objektif penganjuran program ini adalah untuk menghubungkan para ilmuwan dengan lapisan masyarakat terutamanya dalam meningkatkan dan menyebarluaskan semangat patriotisme dalam diri masyarakat. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk melahirkan generasi pelapis yang mempunyai tanggungjawab serta cinta terhadap keamanan negara sekali gus menghimpunkan pewaris negara bagi menanam semangat Sehati Sejiwa, Negaraku Malaysia.

Kategori: Berita, Featured

Pada 22 Ogos 2017 yang lalu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, telah menganjurkan Pertandingan Koakademik Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Kebangsaan DBP-KPM 2017, di Auditorium DBP, Kuala Lumpur. Program ini diadakan sebagai salah satu usaha bagi menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang baik dalam kalangan pelajar, sekali gus menjadikan bahasa Melayu sebagai wadah pengungkapan buah fikiran dan ilmu pengetahuan yang berkesan.

Kategori: Berita, Featured

Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah (DBPWTgh) menganjurkan Forum Penulis Muda (FPM) 2017 pada 25 Julai yang lalu di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA), Lembah Pantai. Forum ini dianjurkan bersama-sama IPGKBA dan Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM) bagi melihat keupayaan sistem pendidikan dalam usaha untuk merealisasikan aspirasi kerajaan melalui Transformasi Nasional (TN50) bagi melahirkan generasi yang membentuk negara ke arah yang lebih disegani di persada antarabangsa pada tiga dekad akan datang.

Kategori: Berita, Featured

Buat julung kalinya, Festival Citra Siswa 2017 telah berlangsung pada 12-13 Ogos 2017, di Dewan Serba Guna Universiti Teknologi Petronas (UTP), Seri Iskandar, Tronoh, Perak. Festival ini dianjurkan oleh UTP dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Jabatan Warisan Negara. Sebagai tuan rumah, UTP telah mengelolakan Pertandingan Penyampaian Syair dan Pertandingan Teater Pendek 10 Minit Peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Kategori: Berita, Featured

Naskhah sastera Melayu tradisional mempunyai nilai yang sangat tinggi dan perjuangan untuk menyelongkar ilmu dan kearifan orang Melayu yang ada dalam naskhah-naskhah lama perlu diteruskan demi mengangkat dan memartabatkan warisan bangsa”.

Kategori: Berita, Featured

Tujuan utama seminar ini diadakan adalah untuk membina karyawan berketerampilan dalam bidang ilmu, sama ada bahasa, sastera dan penerbitan serta memantapkan dan meluaskan khazanah ilmu dalam pelbagai bidang penyelidikan. Hal ini secara tidak langsung melatih karyawan DBP untuk melakukan penyelidikan dalam bidang bahasa dan sastera.

Kategori: Berita, Featured

Pada 1 Ogos 2017 bertempat di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berlangsung Festival Bahasa dan Sastera 2017. Festival ini merupakan program anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia, Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia, Persatuan Guru Besar Sekolah Tamil Malaysia, Persatuan Penterjemahan dan Penulisan Kreatif Malaysia (PERSPEKTIF), dan Pusat Kebudayaan Han Malaysia. Tahun 2017 merupakan tahun kesembilan penganjuran program ini.

Kategori: Berita, Featured
  • Arkib

  • Statistik

    1046699
    Visit Today : 315
    This Month : 29298
    Total Visit : 1046699
    Hits Today : 629
    Total Hits : 4295431
    Who's Online : 7
  • Kategori