oleh Khairol Anuar Harith Fadzillah

Webinar Asteroid bertajuk “Merungkai Kepentingan dan Nilai Batuan Angkasa kepada Dunia” telah bersiaran secara langsung menerusi Facebook Planetarium Negara pada 30 Jun 2022 bermula pukul 10.30 pagi. Webinar ini menampilkan Encik Mohd Fairos bin Asillam, Ketua Penolong Pengarah Kanan Planetarium Negara bersama-sama Dato’ Jaafar bin Jamaluddin, Pengerusi Eksekutif Galeri Meteor Muzium Rakyat, Bandar Hilir, Melaka. Penganjuran webinar ini diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Asteroid Antarabangsa 2022 yang membincangkan tentang kepentingan batuan meteor dalam dunia sains, ekonomi dan kehidupan.

          Pengenalan awal Webinar Asteroid Merungkai Kepentingan dan Nilai Batuan Angkasa kepada Dunia yang disampaikan oleh Encik Mohd Fairos bin Asillam, telah membincangkan tentang ciri asteroid, pencirian asteroid dan hentaman asteroid di bumi menerusi teori kepupusan dinasour, peristiwa hentaman asteroid di Tunguska, Rusia pada tahun 1908 dan peristiwa hentaman asteroid di Chelyabinsk, Rusia. Hasil penemuan asteroid telah memperkenalkan pembangunan dan penyelidikan (R&D) terkini dalam bidang sains dan ekonomi menerusi aktiviti perlombongan. Lebih menarik, saiz asteroid adalah lebih kecil dan berbentuk seperti ubi kentang. Manakala, saiz asteroid bersifat pelbagai, iaitu ada saiz asteroid kecil dan saiz asteroid terbesar. Kedudukan asteroid berada dalam sistem suria dan jaluran asteroid. Ringkasnya, kedudukan asteroid yang berada di laluan orbit yang sama menunjukkan kedudukan asteroid di depan dan di belakang, selain kedudukan asteroid yang tidak berlanggar sesama asteroid.

          Terdapat sejuta asteroid menurut data hasil kajian yang dilakukan oleh Encik Mohd Fairos bin Asillam bersama Planetarium Negara pada tahun 2021. Selain itu, pembentukan asteroid hampir sama dengan pembentukan sistem suria. Malah, pembentukan planet secara serentak seiring dengan pembentukan asteroid dan pembentukan sistem suria. Seterusnya, pembentukan sistem suria secara saintifik menggunakan kecanggihan teknologi digital. Sebagai contohnya, apabila awan-awan bergumpal melahirkan bintang, manakala teras awan pula akan membentuk matahari. Hasil gumpalan awan telah membentuk asteroid. Secara keseluruhannya, gangguan graviti yang kuat merupakan ciri-ciri keunikan asteroid.

          Asal-usul asteroid menunjukkan bahwa asteroid dikelaskan berasaskan karbon. Selain itu, pelanggaran yang melibatkan sesama asteroid berlaku akibat gangguan tarikan graviti yang menyebabkan asteroid terpelanting ke bumi. Malah, imej asteroid juga diambil menerusi teleskop angkasa. Hasilnya, terdapat pelbagai jenis asteroid seperti Asteroid Ceres yang merupakan asteroid terbesar, selain Asteroid 2015 TC25 menerusi hasil kajian Universiti Arizona Utara (NAU), Asteroid Eros dan Asteroid Itokawa yang dihasilkan oleh Hideo Itokawa, iaitu “Bapa Pembangunan Angkasa Jepun.”

          Pada dasarnya, asteroid kecil dikenali sebagai meteorit. Selain itu, asteroid dan meteorit yang terbakar merupakan tahi bintang meteor. Manakala, asteroid yang tidak terbakar yang diletakkan di Planetarium Negara merupakan meteorit. Oleh itu, kedudukan asteroid yang sama bergantung kepada klasifikasi asteroid. Perbezaan asteroid menurut penyelidikan Encik Mohd Fairos bin Asillam menunjukkan asteroid berada di angkasa lepas. Sementara itu, kedudukan asteroid di orbit bersilang dengan bumi. Justeru, International Astronomical Union (IAU) telah memberi peringatan jika jarak asteroid berada di kedudukan 1.3 dari bumi akan menyebabkan hentaman batuan asteroid yang boleh menggelapkan pemandangan alam, mematikan proses fotosintesis, selain menyebabkan kematian dinasour, masalah bekalan makanan dan langit menjadi gelap. Namun demikian, bumi mempunyai sistem pencegahan berdasarkan kadar penurunan hujan dan kadar pH hujan yang tinggi.

Webinar ini diteruskan dengan lawatan Encik Mohd Fairos bin Assilam ke Galeri Meteor Muzium Rakyat, Bandar Hilir, Melaka. Dalam lawatan tersebut, Encik Mohd Fairos bin Assilam bersama-sama dengan Kru Planetarium Negara telah menemu bual Dato’ Jaafar bin Jamaludin, Pengerusi Eksekutif Galeri Meteor Muzium Rakyat, Bandar Hilir, Melaka. Hasilnya, pameran batu meteor yang dipamerkan di Galeri Meteor Muzium Rakyat merupakan batu meteor yang dimiliki sepenuhnya oleh Dato’ Jaafar bin Jamaludin sebagai pengumpul barang-barang purba batu meteor sejak tahun 1993.

Batu meteor, menurut Dato’ Jaafar bin Jamaludin digelar sebagai tahi bintang oleh orang zaman dahulu. Manakala, tahi bintang juga digelar sebagai batu meteor oleh pelajar jurusan Sains Meteor. Selain itu, koleksi batu meteor telah dikumpulkan dan disimpan selama 20 tahun oleh Dato’ Jaafar bin Jamaludin. Malah, koleksi batu meteor ini juga telah dikumpulkan dari seluruh dunia seperti Amerika, Afrika, Australia, China dan negara-negara lain. Tambahan pula, penemuan batu meteor di Malaysia ditemukan sebahagian kecil sahaja kerana penemuan batu meteor yang terhad dan tidak banyak rakyat Malaysia yang berminat mengumpulkan batu meteor. Jelaslah bahawa pengumpul batu meteor di luar negara menggunakan batu meteor sebagai bahan kajian yang menghasilkan produk yang boleh dikomersialkan.

Inspirasi Dato’ Jaafar bin Jamaludin ketika menubuhkan Galeri Meteor Muzium Rakyat bermula ketika beliau berminat untuk menceburi bidang perniagaan batu-batu permata di luar negara. Seterusnya, Dato’ Jaafar bin Jamaludin telah mengumpulkan batu meteor yang terdapat di luar negara. Sebagai contohnya, kumpulan pengumpul batu meteor terdapat di Australia. Ketinggian kandungan batu meteor mengandungi besi dan tembaga putih. Hasilnya, campuran besi semula jadi dengan tembaga putih menjadikan kandungan besi campuran melekat pada meteor.

Nilai komersial batu meteor menurut penjelasan Dato’ Jaafar bin Jamaludin telah menghasilkan pelbagai produk yang boleh dipasarkan. Selain itu, barang kemas yang dihasilkan menggunakan batu meteor di dalam Galeri Meteor Muzium Rakyat turut dijual kepada semua pelawat galeri. Malah, keistimewaan batu meteor mengandungi kandungan besi dan tembaga putih yang begitu tinggi. Manakala, nilai batu meteor mentah yang mahal berharga sebanyak RM10 000 untuk satu kilogram. Oleh itu, penghasilan produk batu meteor di Galeri Meteor Muzium Rakyat seperti barang perhiasan, cincin, gelang dan loket dijual dengan harga yang mampu dibeli oleh orang ramai bermula dengan harga RM 300 hingga RM 3000.

Pameran Koleksi Keris di Galeri Meteor Muzium Rakyat menurut Dato’ Jaafar bin Jamaluddin memaparkan sejarah penggunaan keris di Alam Melayu. Oleh itu, pembentukan besi keris dengan menggunakan corak pamor yang melambangkan keunggulan kearifan tempatan yang dimiliki oleh tukang pembuat keris Melayu yang menghasilkan keris dengan menggunakan corak pamor dan batu meteor. Selain itu, keistimewaan kandungan batu meteor dalam keris menggunakan besi bumi yang digelar sebagai “besi betina.” Malah, campuran besi dari angkasa dalam batu meteor digelar sebagai “besi jantan.” Tegasnya, campuran besi jantan dan besi betina menghasilkan kekuatan dan ketinggian bahan batu meteor.

Sebanyak tiga tan batu meteor bernilai RM 500 000 telah dibawa pulang ke Malaysia pada tahun 2003 oleh Dato’ Jaafar bin Jamaludin. Selain itu, terdapat batu meteorit terbesar dari Rusia seberat 260 kilogram terdapat di Galeri Meteor Muzium Rakyat. Malah, terdapat juga batu meteor lebih besar, iaitu seberat 165 kilogram dan 476 kilogram. Sebagai contohnya, batu-batuan meteor yang dipercayai mempunyai kekuatan tersendiri yang melambangkan sejarah kepahlawanan Alexander The Great atau Iskandar Zulkarnain dalam tamadun Rom, selain melambangkan sejarah kepahlawanan Genghis Khan dalam empayar Mongol. Seterusnya, batu meteor yang berasal dari angkasa lepas dikaitkan dengan kuasa teragung, kekuatan, keberanian dan kebijaksanaan. Sementara itu, simbolik batu meteor dalam kepercayaan bagi sesetengah masyarakat di dunia dapat membantu mereka melawan roh-roh jahat. Lebih menarik, terdapat pameran fosil asli telur dinosaur berusia 65 juta tahun di Galeri Meteor Muzium Rakyat menunjukkan kepupusan dinosaur disebabkan kejatuhan batu meteor terbesar ketika jutaan tahun lalu telah memusnahkan dinosaur dan semua haiwan lain di dunia.

Secara keseluruhannya, Pameran Sijil Pengesahan Jejak Juta di Galeri Meteor Muzium Rakyat memaparkan penerangan ringkas tentang batuan meteorit. Selain itu, penerbitan buku berjudul Sains Meteorit dan Surah al-Hadid, karya Dato’ Jaafar bin Jamaludin berharga RM10 dijual di Galeri Meteor Muzium Rakyat. Oleh itu, Dato’ Jaafar bin Jamaludin menasihatkan generasi muda yang meminati aktiviti mengumpul batu meteor menghargai kepentingan khazanah batu meteor dari segi perubatan Islam dan penyelidikan sains moden dalam al-Quran. Malah, Dato’ Jaafar bin Jamaludin menyeru sarjana sains dan astronomi di Malaysia agar terus menghasilkan penyelidikan tentang batu meteor dalam perubatan Islam dan sains pada masa hadapan. Tayangan video pertandingan permainan video asteroid Hunters: Kapten Anna Gerhana yang bermula dari 30 Jun hingga 1 Ogos 2022 telah mengakhiri Webinar Asteroid: Merungkai Kepentingan dan Nilai Batuan Angkasa kepada Dunia yang meraikan Sambutan Hari Asteroid Antarabangsa Tahun 2022.

 

BIBLIOGRAFI

Facebook Planetarium Negara: Webinar Asteroid: Merungkai Kepentingan dan Nilai Batuan Angkasa Kepada Dunia oleh Encik Mhd Fairos bin Assilam dan Dato’ Jaafar bin Jamaluddin.

Kirkup, James. “Obituary: Hideo Itokawa.” The Independent. 19 Mac 1999. Diakses pada 20 Julai 2022.

Trayner, C. 1994. “Perplexities of the Tunguska Meteorite.” dlm The Observatory.

Webinar Asteroid: Merungkai Kepentingan dan Nilai Batuan Angkasa kepada Dunia oleh Encik Mhd Fairos bin Assilam dan Dato’ Jaafar bin Jamaluddin.

 

Sumber Foto Webinar Asteroid bertajuk “Merungkai Kepentingan dan Nilai Batuan Angkasa kepada Dunia”

Facebook Planetarium Negara: Webinar Asteroid: Merungkai Kepentingan dan Nilai Batuan Angkasa Kepada Dunia oleh Encik Mhd Fairos bin Assilam dan Dato’ Jaafar bin Jamaluddin.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1260378
    Visit Today : 307
    This Month : 16515
    Total Visit : 1260378
    Hits Today : 1649
    Total Hits : 5708944
    Who's Online : 15
  • Kategori