Oleh JAYMANI SEVANATHAN

Sastera Kebangsaan tidak terhad kepada kaum Melayu sahaja. Hal ini dapat dibuktikan apabila penulis bukan Melayu juga mampu menghasilkan karya kreatif yang bermutu. Hal ini adalah kerana sastera kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan perlu dimartabatkan tanpa mengira kaum atau agama.

Peserta Sesi Penulisan Intensif IV bersama pembimbing, Uthaya Sankar SB (kiri).

Pada 10 hingga 11 Ogos 2019 yang lalu, Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) telah mengadakan sebuah sesi penulisan intensif di Shah Alam. Untuk pengetahuan semua, sesi ini telah dijalankan bagi kali keempat memandangkan penganjuran sesi sebelum ini telah berlangsung dengan jayanya.

Sesi penulisan intensif ini telah dibimbing oleh Saudara Uthaya Sankar SB yang sangat berpengalaman dalam dunia penulisan sastera. Pada sesi kali ini, seramai enam orang peserta telah dibimbing bagi menghasilkan karya yang berkualiti. Karya tersebut merangkumi cerpen, puisi dan esei. Manuskrip karya disunting, dibedah dan dikritik secara individu oleh Saudara Uthaya untuk diperbaiki sebelum sesi sumbang saran secara berkumpulan pula dijalankan. Sesi sumbang saran ini banyak membantu para peserta berkongsi idea, pandangan dan kritikan membina.

Salah seorang peserta khusyuk dalam merangka idea bagi penulisan esei.

Setelah manuskrip karya disemak dan disunting dengan sempurna, karya tersebut dihantar kepada editor majalah DBP dan juga media dalam talian yang dilihat sesuai seperti Cukaria dan Eksentrika.
Apa yang uniknya pada sesi kali ini adalah apabila peserta mampu menghasilkan karya yang penuh kreatif dan memasukkan elemen isu semasa dan peristiwa sejarah yang lalu walaupun sebelum ini, peserta terbabit tidak berpengalaman dalam menulis karya kreatif. Ia sesuatu yang sangat membanggakan.

Peserta Sesi Penulisan Intensif IV.

Sebelum ini, dalam sesi Penulisan Intensif II Sasterawan Kavyan yang diadakan pada bulan Mac 2019, cadangan menghasilkan sebuah antologi diketengahkan dengan harapan ada sambutan daripada minimum 10 orang. Akhirnya, 13 orang penulis kaum India berjaya menghasilkan manuskrip puisi, cerpen, esei, dan fragmen novel untuk dinilai dan terbitnya sebuah antologi yang berjudul Busana Bahasa.

Oleh sebab itu, Kayvan bercadang dan merancang sebuah lagi projek antologi pada tahun 2020 yang dihasilkan oleh peserta pelbagai kaum, iaitu dengan memuatkan karya yang ditulis pada sesi penulisan intensif. Hasrat murni ini wajar diberi galakan yang berterusan demi membuktikan semangat kebangsaan dalam penulisan karya bahasa Melayu.

Salah seorang peserta melontarkan idea dan penambahbaikan karya peserta lain.

Secara keseluruhannya, peserta sangat berpuas hati dengan bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang dua hari sesi penulisan ini. Sesi Penulisan Intensif V pula akan diadakan pada 9 sehingga 10 November 2019 di Shah Alam.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1260307
    Visit Today : 236
    This Month : 16444
    Total Visit : 1260307
    Hits Today : 934
    Total Hits : 5708229
    Who's Online : 13
  • Kategori