Bersempena dengan Malam Wartawan Malaysia, diadakan majlis penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) MPI-PETRONAS edisi ke-38. Penganjuran Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS oleh Malaysian Press Institute (MPI) bertujuan untuk mengiktiraf karya-karya terbaik kewartawanan Malaysia.

Kategori: Berita, Featured

Pada 22 dan 23 April 2019, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan kerjasama Akademi Dewan Bahasa dan Pustaka (Akademi DBP) telah menganjurkan Bengkel Penataran Bahasa Melayu di Hotel Copthorne, Cameron Highland, Pahang.

Kategori: Berita, Featured

Bersulamkan tekad, fungsi pengembangan bahasa, sastera dan penerbitan diadun menjadi satu dalam kembara sejarah apabila pasukan karyawan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) yang diketuai oleh Profesor Datuk Dr. Mohamed Hatta Shaharom, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, dan Abang Haliman Abang Julai, Pengarah DBPWS, telah mengatur kembara menjejak tapak peninggalan sejarah di daerah Kota Tinggi, Johor.

Kategori: Berita, Featured, Warisan

Bersempena dengan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang disambut pada tarikh 23 April setiap tahun, Perpustakaan Negara Malaysia menerajui program “Jom Baca Bersama untuk 10 Minit Peringkat Kebangsaan 2019”. Program ini merupakan satu daripada kegiatan utama gerakan Dekad Membaca Kebangsaan 2020-2030 dengan slogan #MalaysiaMembaca. Selain itu, program ini juga menyokong pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia pada tahun 2020. Yang paling utama, program ini bertujuan untuk mendorong rakyat Malaysia untuk membaca, dimulai dengan langkah awal selama 10 minit sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan. Program “Jom Baca Bersama untuk 10 Minit Peringkat Kebangsaan 2019” berlangsung di Dewan Perdana, Kementerian Perdagangan dan Industri, Kuala Lumpur.

Kategori: Berita, Featured

Terjawablah sudah pencarian Peserta Terbaik Bakat Siswa bagi tahun 2019, apabila mahasiswa dari Universiti Sains Malaysia (USM), Joyana Dilam Anak Clement, dinobatkan sebagai johan Program Pemilihan Peserta Terbaik Bakat Siswa 2019, dengan tajuk kajiannya, “Menyirat Makna dalam Manisnya Rambutan Kampung dari Perspektif Kod Simbolik Roland Barthes”.

Kategori: Berita, Featured

Pada 8–13 April 2019, bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur, berlangsungnya Sidang Ke-58 Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM). Sidang Ke-58 MABBIM kali ini diselenggarakan oleh Sekretariat MABBIM Malaysia, iaitu Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Kategori: Berita

Bagi menarik golongan muda supaya meminati genre puisi, Bengkel Penulisan Sajak telah diadakan di Makmal Kesusasteraan Universiti Sains Malaysia (USM) pada 2 Mac 2019. Program ini merupakan anjuran bersama-sama Bahagian Kesusasteraan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM, Persatuan Karyawan Pulau Pinang dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kategori: Berita, Featured

Buku Bahasa Melayu Di Daratan Asia Tenggara – Pendekatan Sejarah dan Geolinguistik karya Profesor Emeritus Dato’ Dr Asmah Haji Omar yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah dilancarkan oleh Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. Mohamed Hatta Shaharom, Pengerusi Lembaga Pengelola, DBP, pada 5 April 2019 di Pentas Utama Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019.

Kategori: Berita, Featured
  • Arkib

  • Statistik

    979701
    Visit Today : 935
    This Month : 27172
    Total Visit : 979701
    Hits Today : 4124
    Total Hits : 3983267
    Who's Online : 7
  • Kategori