“TERIMA kasih diucapkan kepada pihak UniSZA kerana sudi bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui projek pelesenan yang diuruskan oleh Bahagian Harta Intelek DBP,” kata Datuk Dr. Haji Awang Sariyan, dalam Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara DBP dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Pelancaran Buku Tourism Development and Community Change terbitan UniSZA yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris daripada buku Pembangunan Pelancongan dan Perubahan Komuniti.
JABATAN Kemajuan Orang Asli (JAKOA) merupakan jabatan yang dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan Malaysia dalam melaksanakan program transformasi terhadap masyarakat orang asli. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas dengan peranan JAKOA dalam mengurus tadbir hal ehwal masyarakat orang asli melaksanakan program pembangunan infrastruktur, ekonomi, pendidikan, latihan dan kemahiran serta kebajikan kesihatan orang asli di Malaysia.
Kerjasama antara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) bermula dengan tercetusnya Program Penerbitan Berpakej DBP pada Januari 2013 dan berlanjutan hingga hari ini. Usaha ini dapat dirancakkan apabila tujuh orang ahli panel pakar bidang sains nuklear dilantik untuk menjayakan program ini. Semua pakar dan penyelidik yang berkecimpung dalam bidang nuklear dari seluruh Malaysia berpusat di Agensi Nuklear Malaysia.
“Saya ingin mengingatkan warga Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya menggunakan bahasa kebangsaan yang baik dan betul dalam semua hal, pada bila-bila masa di mana-mana juga. Inilah antara cara untuk kita membuktikan sokongan terhadap usaha pemartabatan bahasa kebangsaan,” kata Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor ketika melancarkan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL) di auditorium DBKL pada 10 Oktober 2015 yang lalu.
Untuk terus kekal relevan dalam dunia serba mencabar ini, setiap organisasi perlu menanam iltizam untuk sentiasa memperbaiki dan meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan yang diberikan. Produk dan perkhidmatan yang berkualiti menjadi sebahagian perkara asas untuk melonjakkan citra organisasi. Setiap produk yang dihasilkan dan perkhidmatan yang diberikan perlu sentiasa dijajar agar selari dengan perkembangan teknologi dan kehendak pelanggan dan masyarakat. Hal ini amat penting bagi memastikan usaha memartabatkan dan mendaulatkan bahasa Melayu terus kekal sebagai salah satu agenda nasional.
Karnival Bahasa Jiwa Bangsa diadakan pada 10 dan 11 Oktober 2015 yang lalu di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah, bersempena dengan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan. Program yang bertemakan “Kearifan Tempatan Merentas Budaya/Bahasa Merentas Bidang dan Budaya” ini diadakan bertujuan untuk menyemarakkan kegiatan bahasa, budaya dan sastera kebangsaan dengan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat pelbagai kaum di negeri tersebut.