Pada 4 dan 5 April 2017 yang lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengadakan Kursus Penulisan Profesional di Ibu Pejabat SKMM, Cyberjaya.
Program Pembinaan Bakat Siswa telah dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mulai tahun 2008. Pada tahun 2008 hingga 2012, program ini dikenali sebagai Akademi Sastera dan pada tahun 2013, ditukar nama baharunya menjadi Program Pembinaan Bakat Siswa.
Pada 18 hingga 23 Mac 2017, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah melaksanakan Program Minggu Penulis Remaja (MPR) kali ke-30 di Pusat Latihan Guru dalam Perkhidmatan, Seri Tualang, Temerloh Pahang.
Majlis Penyampaian Hadiah Sayembara Menulis Novel Sejarah untuk Remaja dan Pelancaran Novel Sejarah anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) telah diadakan pada 8 Mac 2017 di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP.
Majlis penyerahan Projek Pembangunan Semula Bangunan Lama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur telah diadakan pada 13 Februari 2017 bertempat di Balai Budaya Tun Syed Nasir DBP Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Balang Rimbun Sdn. Bhd., telah mengadakan Majlis Pelancaran Buku Jejak Seni Johan Jaaffar, pada 20 Januari 2017, bertempat di Sanggar Tun Sri Lanang, Aras 31, Menara DBP. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Utama Dr. Rais Yatim, Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia.
Bermula pada tahun 2012 hingga kini, pihak International Baccalaureate (IB) Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) telah mengadakan kerjasama dengan Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam menganjurkan program berbentuk bicara sastera bersama-sama dengan pelajar diploma IB.
YAYASAN Karyawan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mengadakan syarahan umum “Dinamik Pengajian Melayu-Nusantara di Belanda: Dulu, Kini dan Masa Hadapan” pada 6 Januari 2017, di Dewan Bankuet, Menara DBP. Syarahan ini menampilkan Dr. Suryadi, dari Leiden Institute for Area Studies (LIAS), Leiden University. Ia dipengerusikan oleh Encik Rusli bin Abd Ghani, Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan, DBP.