Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPGKPI) telah menjalin sinergi untuk melaksanakan Bengkel Pembinaan Bakat Penulisan Kreatif Puisi. Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran kepada peserta bagi menghasilkan karya kreatif dan seterusnya menggalakkan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul dalam proses penulisan kreatif.

Kategori: Berita, Featured

Bagi mengangkat kebudayaan dan warisan Melayu masyarakat setempat di wilayah Thailand selatan, Perbandaran Wilayah Yala sekali lagi menganjurkan Hari Melayu Yala Ke-5 dari 9 Februari hingga 11 Februari 2018. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Krisyapong Siri, Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan Thailand.

Kategori: Berita, Featured

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak selaku urus setia Majlis Penyampaian Anugerah Sastera Negeri Sarawak (ASNS) 2017 mendapat dukungan penuh Kerajaan Negeri Sarawak dalam menganjurkan anugerah berprestij ini buat kali ke-10. Penyampaian anugerah mengikut kategori yang berlangsung pada 26 Februari 2018 (Isnin) di Hotel Pullman, Kuching merupakan projek terulung kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan di Sarawak dan dimulai sejak tahun 1994 lagi.

Kategori: Berita, Featured

Melahirkan novel bertemakan perubatan sebagai wadah penulisan kreatif untuk dimanfaatkan oleh pembaca merupakan objektif yang ingin dicapai daripada Bengkel Pemurnian Manuskrip (Perubatan dan Kesihatan) DBP-USM 2018 pada kali ini. Bengkel anjuran Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ini berlangsung pada 21 dan 22 Februari 2018.

Kategori: Berita, Featured

Bersempena dengan Pameran Kartun dan Kita yang berlangsung dari 8 Disember 2017 hingga 5 April 2018, Jabatan Muzium Malaysia dengan kerjasama Rumah Kartun Komik Malaysia (MCCH) dan Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS) telah menganjurkan Bicara @ Muzium: Bila Kartun Berbicara “Kuasa Kartun” pada 28 Februari 2018, di Auditorium Jabatan Muzium Malaysia, Muzium Negara, Kuala Lumpur.

Kategori: Berita

Program Bicara PEM diadakan sebagai suatu usaha untuk menyatupadukan editor dan membina serta memperkukuh profesionalisme editor melalui penganjuran forum dan program ilmu. Sesuai dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, tajuk yang dikupas dalam Bicara PEM pada kali ini berkisar tentang perubahan landskap dunia penerbitan, iaitu penerbitan digital.

Kategori: Berita, Featured

Demi menyahut seruan era digital, Bahagian Multimedia, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menganjurkan Bengkel Ekonomi Digital pada 19 Februari 2018. Bengkel yang berlangsung di Dewan Seminar Datuk Hassan Ahmad ini dihadiri oleh kakitangan DBP.

Kategori: Berita, Featured

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM), Pertubuhan Pengkarya Filem Muda (MYFA), Pertubuhan Pembangunan dan Inovasi Wanita (WADI Malaysia) dan Kelab Penghibur Jalanan Malaysia (MYBC) telah melancarkan dua program, iaitu Ekspresi Muzik Jalanan 2018 (EMJ 2018) dan Festival Filem Pendek Nusantara 2018 (FFPN 2018) pada 19 Februari 2018 (Isnin) di Galeri Bahasa Jiwa Bangsa, Menara DBP.

Kategori: Berita, Featured
  • Arkib

  • Statistik

    979724
    Visit Today : 958
    This Month : 27195
    Total Visit : 979724
    Hits Today : 4355
    Total Hits : 3983498
    Who's Online : 3
  • Kategori