Oleh AHMAD KHALILUL HAMEEDY NORDIN

Malam Puisi Padang Kota merupakan satu program yang diadakan sejak 2012 lagi. Bertemakan “Suburkan Kembali Akar Bangsa”, program ini merupakan kesinambungan dari usaha kumpulan bebas yang digelar sebagai Pustaka Puisi Jannatun (PUPUJA) yang ditubuhkan pada awal 2012 hingga 2014.

Menurut pengarah program Akif Jebat, usaha untuk menyemai akar Melayu ini merupakan satu usaha untuk mengembalikan puisi ke dalam jiwa dan budaya masyarakat. Tambah beliau lagi, program ini bertujuan untuk memasyarakatkan sastera agar lebih mencintai sastera Melayu. Beliau yang merupakan pelajar tahun dua jurusan Sastera dengan Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, memandang usaha ini perlu diteruskan lagi. Oleh itu, beliau dan sekumpulan pelajar aliran sastera lainnya telah mengambil alih program Malam Puisi Padang Kota yang dianjurkan oleh PUPUJA sebelum ini demi meneruskan usaha yang murni ini agar tidak terhenti begitu sahaja. Program Malam Puisi Padang Kota dianjurkan kembali pada hari Jumaat baru-baru ini dengan kerjasama Perikatan Kebangsaan Mahasiswa Bersatu (PERKEMBAR) dengan beberapa orang mantan PUPUJA.

Acara mendeklamasikan puisi yang disaksikan oleh pengunjung Dataran Padang Kota.

Acara mendeklamasikan puisi yang disaksikan oleh pengunjung Dataran Padang Kota.

Program yang diadakan di dataran Padang Kota dianggap sesuai sebagai lokasi program santai kerana pada waktu malam kebiasaannya lokasi ini akan menjadi tumpuan warga tempatan atau pelancong untuk datang berkunjung bersama keluarga. Program Malam Puisi Padang Kota merupakan satu platform peminat sastera mengapriasasikan minat mereka. Tambahan lagi, program seperti ini dapat mengasah bakat terpendam yang ada dalam setiap diri peserta.

Program ini tidak hanya terbuka kepada para pelajar Universiti Sains Malaysia sahaja, bahkan terbuka kepada orang ramai yang berada di situ. Mereka diberi peluang untuk turut serta mendeklamasikan puisi ketika majlis berlangsung. Sememangnya program seperti ini menjadi adalah bonus kepada para pelajar beraliran sastera kerana mereka dapat mempraktikkan ilmu yang mereka pelajari.

Program ini diharap akan dapat menepis segala tanggapan negatif terhadap usaha-usaha peminat sastera, malah usaha ini sedikit sebanyak dapat membuka mata masyarakat terhadap dunia kesusasteraan. Selain itu, usaha seperti ini juga dapat mengangkat karya-karya tradisi melayu yang semakin hari semakin dilupakan.

Antara peserta yang mendeklamasikan puisi pada malam tersebut.

Antara peserta yang mendeklamasikan puisi pada malam tersebut.

Menurut Nazreen, seorang wakil Pustaka Puisi Jannatun (PUPUJA) yang turut hadir pada majlis tersebut, beliau selaku penggerak terdahulu Program Malam Puisi Padang Kota berkata acara seperti ini secara tidak langsung akan menghapuskan tanggapan masyarakat yang menganggap sastera ini terlalu bersifat esklusif untuk golongan tertentu sahaja tetapi sebenarnya sastera itu sesuai untuk setiap lapisan masyarakat.

Antara penggerak dan peserta Malam Puisi Padang Kota.

Antara penggerak dan peserta Malam Puisi Padang Kota.

Wakil peserta yang ditemubual, Sobri, pula mengatakan bahawa program seperti ini secara langsung dapat memperkenalkan kepada masyarakat tentang khazanah kesusasteraan Melayu. Acara Malam Puisi Padang Kota ini dijalankan secara bulanan dan ianya terbuka kepada semua golongan masyarakat, bermula dari pukul sembilan malam di Dataran Padang Kota.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1013898
    Visit Today : 1161
    This Month : 33243
    Total Visit : 1013898
    Hits Today : 4240
    Total Hits : 4136345
    Who's Online : 12
  • Kategori