Oleh ZAITON DAROIS

Dewan Bahasa dan Pustaka menerima dua anugerah dalam Majlis Anugerah MAPIM-KPT 2015 pada 22 April 2016 yang lalu, di Dewan Za‘ba, Kementerian Pendidikan Tinggi. Dua anugerah yang dimenangi ialah Anugerah Makalah Jurnal Terbaik dalam bidang Kemanusiaan dan Sains Sosial, dan Anugerah Penyuntingan Naskhah Terbaik.

“Ganti Nama Berbahasa Mendriq: Analisis Program Minimalis” telah memenangi hadiah kategori Makalah Jurnal Terbaik dalam bidang Kemanusiaan dan Sains Sosial. Makalah ini adalah hasil tulisan Profesor Madya Dr. Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Ganti Nama Berbahasa Mendriq: Analisis Program Minimalis” telah memenangi hadiah kategori Makalah Jurnal Terbaik dalam bidang Kemanusiaan dan Sains Sosial. Makalah ini adalah hasil tulisan Profesor Madya Dr. Fazal Mohamed Mohamed Sultan, dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

            Makalah Jurnal Bahasa Jilid 15 Bil. 2 Disember 2015, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, bertajuk “Ganti Nama Berbahasa Mendriq: Analisis Program Minimalis” telah memenangi hadiah kategori Makalah Jurnal Terbaik dalam bidang Kemanusiaan dan Sains Sosial. Penulisnya Profesor Madya Dr. Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Universiti Kebangsaan Malaysia, telah menerima hadiah berjumlah RM5,600.00 berserta sijil dan trofi. Penerbit, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerima hadiah berjumlah RM1,400.00 berserta trofi.

            Buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka bertajuk Unsur Etnosains Malayonesia dalam Bahasa Melayu Sejak Abad Ke-5 Masihi telah menerima Anugerah Penyuntingan Naskhah Terbaik. Editor naskhahnya, Profesor Emeritus Dr. Shaharir Mohamad Zain, Universiti Malaya, telah menerima hadiah berjumlah RM5,600.00 berserta sijil dan trofi manakala penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka menerima hadiah berjumlah RM1,400.00 berserta sijil dan trofi.

Profesor Emeritus Dr. Shaharir Mohamad Zain, Universiti Malaya, telah menerima Anugerah Penyuntingan Naskhah Terbaik.

Profesor Emeritus Dr. Shaharir Mohamad Zain, dari Universiti Malaya, telah menerima Anugerah Penyuntingan Naskhah Terbaik.

            Jurnal Bahasa merupakan jurnal berwasit yang memfokuskan makalah ilmiah dalam kajian bahasa dan linguistik Melayu serta bahasa serumpun. Jurnal ini mula diterbitkan pada tahun 2001. Editor semasa yang menangani penerbitan Jurnal Bahasa ialah Puan Zaiton Darois.

Buku Unsur Etnosains Malayonesia dalam Bahasa Melayu Sejak Abad Ke-5 Masihi pula merupakan kumpulan makalah dalam bidang sains dan matematik. Perbincangannya memfokuskan warisan tamadun berbahasa Melayu dalam sains dan Matematik. Buku ini mengandungi empat bahagian mengikut tema, iaitu Konsep Etnosains Melayonesia, Peranan Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu dalam Etnosains Malayonesia Sepanjang Zaman, Kewujudan Etnosains Malayoneisa dalam Bahasa Melayu, dan Ekonomi dan Pengurusan dalam Bahasa Melayu. Editor kopi yang menangani penerbitan buku ini ialah Puan Nurhidayah Mohd Hamid.

Majlis Anugerah MAPIM-KPT 2015 ini merupakan anugerah berprestij tertinggi peringkat kebangsaan bagi mengiktiraf hasil karya ilmiah, penulis, editor dan pereka dalam kalangan ahli MAPIM. Penganjuran Majlis Anugerah MAPIM-KPT diadakan setiap tahun oleh kerajaan sebagai pengiktirafan kepada penulis dan karyawan penerbitan.

Enam kategori dipertandingkan bagi kedua-dua bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan dan Sains, Teknologi dan Perubatan. Kategori yang dipertandingkan ialah Anugerah Buku Ilmiah Terbaik, Anugerah Makalah Jurnal Terbaik, Anugerah Editor Terbaik, Anugerah Karya Suntingan Terbaik, Anugerah Reka Bentuk Buku Terbaik dan Anugerah Buku Ilmiah Popular. Pihak Jawatankuasa Anugerah MAPIM-KPT 2015 telah menerima sejumlah 113 pencalonan untuk anugerah kali ini.

Para pemenang bergambar kenangan bersama-sama YB Dato’ Seri Idris  Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia.

Para pemenang bergambar kenangan bersama-sama YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia.

Penerbit lain yang turut sama menerima Anugerah MAPIM-KPT 2005 termasuklah Universiti Malaya yang menerima Anugerah Buku Terbaik bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan bertajuk Sekularisme dan Proses Demokrasi di Turki: Pemerkasaan Islam dan Kepimpinan Erdogan oleh Profesor Datuk Dr. Mohamed Redzuan Othman dan Dr. Mashitah Sulaiman. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerima dua anugerah, iaitu Anugerah Buku Terbaik bidang Sains, Teknologi dan Perubatan (Hadiah Penghargaan), dan Anugerah Jurnal Terbaik bidang Sains, Teknologi dan Perubatan (Hadiah Penghargaan). Buku yang dimenangi Penerbit UKM bertajuk Hidrogen: Kesan Prestasi Enjin Pencemaran dan Kos Kitaran Hayat oleh Dr. Halim Razali, Profesor Dato’ Dr. Kamaruzzaman Sopian dan Profesor Dr. Sohit Mat, manakala jurnal Sains Malaysiana untuk makalah bertajuk “Peramalan Data Siri Masa Aliran Sungai Dataran Banjir dengan Menggunakan Pendekatan Kalut” oleh Dr. Nur Hamiza Adenan dan Prof. Dr. Mohd Salmi Noorani.

Bagi kategori Anugerah Editor Naskhah Terbaik Kedua-dua anugerah tersebut dimenangi Universiti Sains Malaysia, iaitu Anugerah Editor Naskhah Terbaik (Hadiah Penghargaan) untuk buku Bon Pelaksanaan dalam Kontrak Pembinaan, editornya Che Su Yaakub, dan Anugerah Editor Naskhah Terbaik bidang Sains, Teknologi dan Perubatan, untuk buku Pengenalan kepada Pencemaran Udara, editornya yang menerima anugerah ini Puan Rosziana Radli. Kategori Anugerah Buku Ilmiah Popular dimenangi oleh Universiti Putra Malaysia dengan bukunya yang bertajuk Hang Tuah Catatan Okinawa, penulisnya Profesor Emeritus Dr. Hashim Musa dan Dr. Rohaidah Kamaruddin. Institut Terjemahan dan Buku Negara memenangi Anugerah Reka Bentuk Buku Terbaik bertajuk Eternal Storm: Sekali Air Bah, Selamanya Pasir Berubah, perekanya Encik Abdul Razak bin Abdul Aziz dan Puan Siti Zarinah binti Jailani.

Majlis Anugerah MAPIM-KPT 2015 telah dirasmikan dan disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1046245
    Visit Today : 1141
    This Month : 28844
    Total Visit : 1046245
    Hits Today : 3754
    Total Hits : 4294319
    Who's Online : 7
  • Kategori