Oleh NORAZLINDA MISRAN

 MAJLIS Penghargaan Duta Bahasa dan Budaya telah diadakan sempena meraikan persaraan Tuan Yang Terutama (TYT) Dr. Huang Huikang, Duta Besar China ke Malaysia pada 28 April 2016,  di Sanggar Tun Sri Lanang, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia.

Tuan Yang Terutama (TYT) Dr. Huang Huikang

Tuan Yang Terutama Dr. Huang Huikang.

Majlis ini bertujuan memberikan penghargaan kepada pihak yang membantu DBP dalam usaha mengembangkan bahasa kebangsaan di peringkat antarabangsa menerusi penerbitan buku khususnya yang diterjemahkan dalam kedua-dua bahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Mandarin.

Selain itu, majlis ini  juga bertujuan memberikan penghargaan tertinggi kepada wakil kerajaan Republik Rakyat China di Malaysia yang bersungguh-sungguh membantu DBP dalam menjayakan urusan rasmi seperti melancarkan karya agung masyarakat Cina iaitu Hikayat Jelajah ke Barat dan Perjanjian Persefahaman (MoU) penerbitan buku-buku karya antara DBP dengan Zhejiang Publishing United Group, China.

Prof. Dr. Zaharani menyampaikan anugerah kepada Dr. Huang Huikang.

Prof. Dr. Zaharani menyampaikan plak penghargaan kepada Dr. Huang Huikang.

Semoga majlis ini dapat mengeratkan lagi hubungan diplomatik Malaysia–China yang telah lama terjalin melalui bidang keilmuan selain memastikan hubungan ini sentiasa harmoni. Antara tetamu kehormat yang turut hadir ialah Dato’ Goh Hin San, Pengerusi Pusat Kebudayaan Han Malaysia dan Prof. Dr. Zaharani Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1042093
    Visit Today : 1408
    This Month : 24692
    Total Visit : 1042093
    Hits Today : 8832
    Total Hits : 4279375
    Who's Online : 13
  • Kategori