Oleh ROSANI HIPLEE

DALAM usaha memugar bakat literasi tempatan, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak telah berkolaborasi dengan Sekolah Kebangsaan Encik Buyong untuk mengadakan Minggu Penulis Kanak-kanak (MPKK) 2016 peringkat Negeri Sarawak pada 26 hingga 28 Februari 2016 yang lalu.

MPKK merupakan program yang melibatkan pelajar sekolah rendah tahun 4, 5 dan 6 dalam memupuk minat kanak-kanak dalam berkarya. Malah program ini juga diselaraskan dengan kegiatan yang telah dilaksanakan di Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran, Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur bersama-sama dengan Bahagian Kokurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sejumlah tujuh buah sekolah kebangsaan (sk) telah menghantar pelajar masing-masing sebagai peserta program tersebut. Misalnya, SK Encik Buyong, SK St. Teresa (M), SK Chung Hua No.1, SK (Agama) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, SK (Agama) Ibnu Khaldun, SK Gita No.2 dan SK Bandar Samariang.

Para peserta tekun mengikuti ceramah semasa bengkel penulisan cerpen.

Para peserta tekun mengikuti ceramah semasa bengkel penulisan cerpen.

Program yang disertai oleh 40 orang pelajar ini mempunyai tiga sasaran utama seperti berikut;

  1. Memupuk dan menanam minat serta bakat kanak-kanak dalam bidang kesusasteraan, kebahasaan dan kebudayaan;
  2. mengimarahkan kegiatan bahasa, sastera dan budaya dalam kalangan kanak-kanak sesuai dengan dasar kerajaan melahirkan modal insan bersahsiah tinggi; dan
  3. sebagai asas khusus untuk kanak-kanak dalam hal-hal kebahasaan, kesusasteraan dan kebudayaan.

Manakala pada hari kedua program, para peserta diperkenalkan dengan teknik dan bengkel penulisan cerpen kanak-kanak oleh penulis novel kanak-kanak, Puan Noor Aina Abd. Hamid. Selain itu, para guru pengiring peserta turut dilibatkan dalam Bengkel Teknik Bercerita yang dibimbing khas oleh Puan Filzah Ibrahim dari Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Mantan Editor majalah Dewan Pelajar turut membimbing para peserta.

Mantan Editor majalah Dewan Pelajar turut membimbing para peserta.

Istimewanya lagi, majlis penangguhan MPPK kali ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Puan Hajah Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Ahli Dewan Undangan Negeri N.7 Samariang.

“Terima kasih kepada DBP atas inisiatif yang menggalakkan penglibatan anak-anak kita dalam Minggu Penulis di kawasan Samariang dan Sarawak, amnya. DBP bertanggungjawab untuk membantu menggilap bakat dalam kalangan kanak-kanak yang berpotensi dan berbakat untuk menghasilkan puisi, cerita dan kreatif bercerita yang boleh mara ke peringkat lebih tinggi,” kata beliau semasa majlis penangguhan MPKK berlangsung.

Hazim Yahya Dolyadi ketika  mendeklamasikan puisi berjudul “Matahari” hasil nukilannya sendiri.

Hazim Yahya Dolyadi ketika mendeklamasikan puisi berjudul “Matahari” hasil nukilannya sendiri.

Misalnya, para guru telah berjaya menggunakan prop dan teknik bercerita dengan baik semasa menampilkan persembahan bercerita mereka. Malah, peserta Hazim Yahya Dolhadi dari SK Encik Buyong telah mendeklamasikan puisi berjudul “Matahari” hasil nukilannya sendiri. Begitu juga peserta Nur Najwa Ahmad Zambri Shah dari SK (Agama) Ibnu Khaldun yang membaca puisi berjudul “Pelangi”. Manakala, cerpen bertajuk “Sultan yang Bijaksana” karangan Muhammad Syukri Othman dari SK Chung Hua No.1 telah dipersembahkan oleh semua peserta dengan teknik bercerita yang sangat menarik kerana adanya penggunaan prop dan kostum yang dibuat sendiri semasa bengkel program tersebut.

Mudah-mudahan dengan adanya kegiatan MPKK yang versatil seperti ini dapat menyerlahkan lagi bakat dan minat para penulis cilik kita sebelum lebih lanjut menerokai dunia persuratan yang sebenar. Sememangnya, dunia pendidikan masa kini sangat menuntut para pelajar untuk lebih bersedia dalam menerima sebarang bentuk ledakan informasi yang aktif dan interaktif.

Bagi mengisi acara majlis penangguhan MPPK tersebut, kesemua peserta telah terlibat secara langsung dalam membuat persembahan hasil Daripada mengikuti penuh program MPPK sepanjang tempoh tiga hari tersebut.

YB Puan Hajah Sharifah Hasidah ketika menyampaikan ucapan perasmian.

YB Puan Hajah Sharifah Hasidah ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Dalam ucapannya, beliau sangat menyokong program ini sebagai salah satu langkah menggalakkan kanak-kanak bukan sahaja gemar membaca tapi juga berkarya.

Aktiviti-aktiviti yang padat dan sarat tersebut merupakan usaha serius pihak penganjur dalam memugar bakat muda golongan pelajar dan guru terutama dalam bidang penulisan dan teknik persembahan bercerita.

Para peserta yang terlibat telah berkhemah di Dewan Sekolah, SK Encik Buyong sepanjang tempoh program tersebut. Pada hari pertama, MPPK telah dimulai dengan Sesi Pengenalan Karya Kanak-kanak oleh mantan editor majalah Dewan Pelajar, Puan Siti Zubaidah Sekak. Kemudian pada sebelah malamnya pula, para peserta didedahkan dengan bengkel penulisan puisi oleh penyair Sarawak, Puan Rosani Hiplee.

Bergambar kenangan MPPK 2016 bersama tetamu kehormat.

Bergambar kenangan MPPK 2016 bersama tetamu kehormat.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1014721
    Visit Today : 750
    This Month : 34066
    Total Visit : 1014721
    Hits Today : 2887
    Total Hits : 4139689
    Who's Online : 7
  • Kategori