Oleh NORAZLINDA MISRAN

HAM-22-11-15 (95) MOU DBP-UNISZA-JPG

Datuk Dr. Haji Awang Sariyan, Ketua Pengarah DBP (kanan) dan Prof. Datuk Dr. Yahya Ibrahim, Naib Canselor UniSZA (kiri) dalam Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara DBP dengan UniSZA.

HAM-22-11-15 (170) MOU DBP-UNISZA-JPG

Pelancaran Buku Tourism Development and Community Change terbitan UniSZA

“TERIMA kasih diucapkan kepada pihak UniSZA kerana sudi bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui projek pelesenan yang diuruskan oleh Bahagian Harta Intelek DBP,”  kata Datuk Dr. Haji Awang Sariyan, dalam Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara DBP dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Pelancaran Buku Tourism Development and Community Change terbitan UniSZA yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris daripada buku Pembangunan Pelancongan dan Perubahan Komuniti.

Menurut Awang, UniSZA dan DBP bakal meneruskan sinergi penerbitan karya bukan sahaja dalam bahasa Melayu malahan bahasa utama dunia. Faedah yang diperoleh akan meletakkan bahan terbitan Malaysia dapat dibaca dan disebarluaskan di dalam dan luar Negara.

Datuk Dr. Haji Awang Sariyan ketika menyampaikan ucapan dalam majlis MoU DBP - UniSZA.

Datuk Dr. Haji Awang Sariyan ketika menyampaikan ucapan dalam majlis MoU DBP – UniSZA.

Melalui MoU ini, DBP dan UniSZA akan bekerjasama dalam beberapa bidang seperti penyelidikan, perundingan, pengembangan, promosi, penerbitan, perkongsian maklumat, anjuran program dan sebagainya yang memberi impak dan kebaikan kepada DBP dan UniSZA untuk jangka masa panjang.

Antara objektif MoU ini ialah membantu negara mencapai taraf negara maju pada tahun 2020 dari aspek penerbitan jumlah buku dan mengurangkan jurang ilmu antara pelbagai lapisan masyarakat di negara ini. Ia diharapkan akan menjadi medium pendekatan baharu yang strategik dan pragmatik yang diusahakan oleh DBP bagi memastikan industri buku di negara ini akan terus rancak dan berkembang pesat serta menjadi suatu upaya strategik dalam memastikan para ilmuwan, cendekiawan serta sarjana di Malaysia dapat membina legasi dan mewariskan legasi kesarjanaan dan keilmuan mereka kepada generasi baharu.

Prof. Datuk Dr. Yahya Ibrahim menerangkan kepada Ketua Pengarah DBP tentang buku Tourism Development and Community Change.

Prof. Datuk Dr. Yahya Ibrahim menerangkan kepada Ketua Pengarah DBP tentang buku Tourism Development and Community Change.

Menurut Prof. Datuk Dr. Yahya Ibrahim, Naib Canselor UniSZA, dalam ucapan alu-aluannya, daripada lima buah buku yang dihasilkan pada tahun 2012, bilangan ini terus meningkat kepada 21 buah buku pada tahun 2014. Untuk tahun 2015 pula, lebih 35 buah buku telah diterbitkan oleh Penerbit UniSZA. Jumlah tersebut telah dapat mengatasi jumlah penerbitan buku oleh penerbit Universiti yang lain. Hal ini amat membanggakan pihak UniSZA.

Majlis pertukaran MoU antara DBP dengan UniSZA.

Majlis pertukaran MoU antara DBP dengan UniSZA.

Bagi membudayakan penulisan ilmiah dalam kalangan pensyarah, UniSZA memperuntukkan beberapa dana khas untuk fakulti dan kluster penyelidikan. Ini bagi membantu pensyarah menerbitkan hasil penyelidikan sama ada dalam bentuk buku, bab di dalam buku, monograf dan artikel jurnal. Di UniSZA, Fakulti Kontemporari Islam adalah fakulti yang paling banyak menerbitkan buku, jurnal, artikel dan bahan rujukan yang lain.

Datuk Dr. Haji Awang Sariyan menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan dalam majlis Sidang Media.

Datuk Dr. Haji Awang Sariyan menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan dalam majlis Sidang Media.

Menyedari kepentingan penerbitan ilmiah dalam memekarkan budaya ilmu di Universiti Awam, UniSZA bersetuju untuk mengadakan perkongsian pintar bersama DBP. MoU ini bakal membuka lebih banyak peluang kepada warga UniSZA untuk mendapat faedah rakan persefahaman terutamanya dalam bidang penerbitan, perundangan, bahasa, sastera dan penyelidikan. Ia juga dapat meningkatkan kualiti bahan terbitan ilmiah ahli akademik UniSZA serta dapat memperluas kaedah promosi dan pemasaran.

Sementara itu, Awang Sariyan yang bercakap dalam sidang media mengatakan bahawa beliau menyanjung tinggi usaha UniSZA dalam menerbitkan buku-buku ilmiah. kini sebanyak 10 buah buku sedang dihasilkan oleh pensyarah UniSZA dalam pelbagai bidang yang akan diterbitkan oleh DBP. Selain itu, seramai 40 orang pakar dan penterjemah UniSZA turut menyertai projek mega DBP iaitu Terjemahan Ensiklopedia Fiqh sebanyak 45 jilid.

Antara tetamu yang hadir ketika majlis MoU tersebut.

Antara tetamu yang hadir ketika majlis MoU tersebut.

Oleh itu, hasil kerjasama ini bakal membawa Penerbit UniSZA ke satu tahap yang lebih tinggi dalam memperkasa efisien warganya dari aspek perolehan dan penerbitan karya ilmiah.  Majlis MoU ini telah berlangsung di UniSZA, Kuala Terengganu pada 22 November 2015 yang lalu.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1061109
    Visit Today : 260
    This Month : 9362
    Total Visit : 1061109
    Hits Today : 824
    Total Hits : 4357156
    Who's Online : 6
  • Kategori