Oleh NORAZLINDA MISRAN 

Majlis sidang Media ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia datuk Dr. Haji Awang Sariyan, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Majlis sidang Media ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia datuk Dr. Haji Awang Sariyan, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

HADIAH Sastera Perdana Malaysia (HSPM) pada asalnya dikenali sebagai Hadiah Karya sastera Bermula pada tahun 1971. HSPM kemudiannya dilaksanakan secara tahunan bermula tahun penilaian 2012 berbanding tahun-tahun sebelumnya yang dilaksanakan secara dwitahunan. Pada tahun ini HSPM merupakan kali ke-23 penganjurannya dan dua kategori baharu diwujudkan, iaitu Kategori B: Cerpen Eceran Remaja dan Kategori C: Buku Bergambar Kanak-kanak.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) selaku Sekretariat HSPM bagi kerajaan Malaysia melalui panel penilai yang telah dilantik, telah melaksanakan penilaian terhadap karya pencalonan bagi tahun penilaian HSPM 2014. Karya pencalonan HSPM dikumpulkan oleh DBP, dan dibuka juga kepada penerbit dan penulis/karyawan.

Terdapat tiga kategori yang dipertandingkan, iaitu:

– Kategori A: Buku/Kumpulan (novel, cerpen, puisi, drama, esei/kritikan sastera, kajian sastera dan biografi/autobiografi)

– Kategori B: Karya eceran (cerpen, puisi, drama pentas, esei/kritikan sastera dan cerpen eceran remaja)

– Kategori C: Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja (novel kanak-kanak, cerpen kanak-kanak, puisi kanak-kanak, drama kanak-kanak, buku bergambar kanak-kanak, novel remaja, cerpen remaja, puisi remaja dan drama remaja)

Namun demikian, Sekretariat DBP mendapati tiada pencalonan untuk genre Kumpulan Drama Kanak-kanak dan Kumpulan Drama Remaja.

Penilaian HSPM 2014 adalah berdasarkan kekuatan kesatuan organik karya, kekuatan dan keaslian persoalan yang ditampilkan secara matang, keseimbangan estetika bahasa dengan persoalan kemanusiaan, keindahan moral, dan inovasi dalam kreativiti.

Sehubungan dengan itu, untuk kategori A, novel Nenek karya Razali Endun dan kumpulan cerpen Langit Tidak Berbintang di Ulu Slim oleh Mohamed Ghozali Abdul Rashid mengungguli Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM 2014). Selain itu, buku/kumpulan yang memenangi kategori ini ialah kumpulan puisi, Jaulah Sampai Syurga (Ahmad Muzaffar Baharudin); kajian sastera, Oksidentalisme dalam Sastera Melayu sebelum Merdeka hingga Era Mahathir Mohamad karya Dr Mohamad Saleeh Rahamad;   Biografi Ishak Shaari: Pejuang Bumi Semua Manusia (Mohamed Salleh Lamry). Panel memutuskan tiada pemenang bagi genre Kumpulan Drama dan Kumpulan Esei/Kritikan Sastera.

Pemenang bagi kategori B: Eceran, pemenang akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM2,000.00 dan sijil penghargaan untuk setiap seorang untuk 10 pemenang bagi tiga genre, iaitu cerpen, puisi dan esei/kritikan. RM2,000.00 dan sijil penghargaan untuk setiap seorang untuk lima pemenang bagi genre drama pentas dan RM2,000.00 dan sijil penghargaan untuk setiap seorang untuk tiga pemenang bagi genre cerpen remaja. Untuk kategori ini, panel penilai memutuskan kategori B: Esei/Kritikan Sastera hanya layak diberikan kepada 7 orang pemenang sahaja dan tiada pemenang untuk kategori Drama Eceran dan Cerpen Eceran Remaja.

Seterusnya, Pemenang bagi Kategori C: Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja pula menerima hadiah wang tunai bernilai RM5,000.00 dan sijil penghargaan setiap seorang, iaitu novel kanak-kanak, cerpen kanak-kanak, puisi kanak-kanak, drama kanak-kanak, buku bergambar kanak-kanak, novel remaja, cerpen remaja, puisi remaja dan drama remaja. Untuk kategori ini, panel penilai HSPM 2014 memutuskan tiada pemenang yang layak bagi Kumpulan Cerpen Kanak-Kanak. (Keputusan penuh HSPM boleh dilihat di laman sesawang DBP di http://www.dbp.gov.my.

Majlis Sidang Media ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Dr. Haji Awang Sariyan, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka di Menara DBP pada 19 November 2015 yang lalu. Beliau mewakili seluruh warga DBP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pemenang dan berharap agar mereka akan terus berkarya serta memberikan sumbangan kepada perkembangan bahasa dan kesusasteraan Melayu.

Antara buku yang memenangi HSPM.

Antara buku yang memenangi HSPM.

Majlis Penyampaian HSPM 2014 akan diadakan pada 25 November 2015 (Rabu) pukul 8.30 malam bertempat di Hotel Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan Selangor. Majlis akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1014794
    Visit Today : 823
    This Month : 34139
    Total Visit : 1014794
    Hits Today : 3180
    Total Hits : 4139982
    Who's Online : 15
  • Kategori