Oleh ADNAN ABD JAMIL

DALAM bahasa Melayu, terdapat kata sendi nama yang menjadi perkataan yang diletakkan di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang lazim digunakan ialah di, ke, dari, daripada, pada, kepada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, laksana, sejak, terhadap, akan, oleh, hingga, untuk, antara, dalam, dengan dan sampai.

Semua kata sendi nama yang hadir di hadapan kata nama atau frasa nama tersebut mempunyai tugas atau fungsi yang berlainan dan penggunaannya ditentukan oleh peraturan yang khusus. Beberapa kata sendi nama yang disenaraikan ini termasuk juga dalam golongan kata yang lain. Contohnya, kata sendi nama “akan” berfungsi juga sebagai kata bantu. Kata sendi nama “dalam” turut berfungsi sebagai kata arah dan kata adjektif. Kata “sampai” digolongkan juga dalam kata kerja. Sementara kata sendi nama “antara” pula berfungsi juga sebagai kata arah.

Bagi kata sendi nama “di”, penggunaannya khusus digunakan di hadapan frasa nama yang menunjukkan tempat. Contoh ayat adalah seperti yang berikut:

  • – Bapanya merupakan pengurus di syarikat antarabangsa itu.
  • – Lima orang pelajar yang mengikuti ekspedisi itu sesat di dalam hutan.
  • – Pesta flora yang menjadi acara tahunan di Malaysia diadakan di Kuala Lumpur.
  • – Negeri Perak terletak di antara negeri Kedah dan negeri Selangor.

Perkataan “di” juga turut berfungsi sebagai imbuhan awalan yang ditulis rapat dengan perkataan selepasnya. Namun demikian, masih terdapat pengguna bahasa Melayu yang tidak dapat membezakan penggunaan perkataan “di” sebagai kata sendi nama dan “di” sebagai imbuhan awalan. Kekeliruan ini menyebabkan kata sendi nama “di” ditulis rapat dengan perkataan yang mengikutinya, manakala imbuhan awalan “di” ditulis terpisah daripada perkataan selepasnya.

1 bayar disini

Frasa “Bayar Disini” salah dan hendaklah ditulis “Bayar di sini”.

2  di larang disini

Terdapat dua kesalahan pada pelekat amaran “Di larang meletak kenderaan disini”. “Dilarang” ditulis rapat sebab “di” merupakan imbuhan awalan, manakala “di sini” dijarakkan sebab “di” berada di hadapan kata nama tempat.

Imbuhan awalan “dijual” betul cara penulisannya, tetapi “di sini” salah (ejaan yang betul: di sini).

Imbuhan awalan “dijual” betul cara penulisannya, tetapi “di sini” salah (ejaan yang betul: di sini).

“Ditutup” betul cara penulisannya sebab “di” di sini merupakan imbuhan awalan.

“Ditutup” betul cara penulisannya sebab “di” di sini merupakan imbuhan awalan.

  1. linda says:

    Penerangan yang jelas 🙂

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1049155
    Visit Today : 1473
    This Month : 31754
    Total Visit : 1049155
    Hits Today : 5714
    Total Hits : 4304760
    Who's Online : 8
  • Kategori