Bergambar kenangan bersama-sama YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Bergambar kenangan bersama-sama YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Oleh NORAZLINDA MISRAN

KERJASAMA antara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) bermula dengan tercetusnya Program Penerbitan Berpakej DBP pada Januari 2013 dan berlanjutan hingga hari ini. Usaha ini dapat dirancakkan apabila tujuh orang ahli panel pakar bidang sains nuklear dilantik untuk menjayakan program ini. Semua pakar dan penyelidik yang berkecimpung dalam bidang nuklear dari seluruh Malaysia berpusat di Agensi Nuklear Malaysia. Usaha ini sekali gus dapat menghimpunkan hasil penyelidikan saintis negara yang berkaitan dengan nuklear dan seterusnya didokumentasikan untuk dijadikan sebagai bahan rujukan.

YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah melancarkan keenam-enam buku tersebut.

YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah melancarkan keenam-enam buku tersebut.

Sebagai hasil kerjasama dalam program penerbitan berpakej ini, sebanyak enam buah buku sains nuklear telah berjaya diterbitkan. Pelancaran buku ini diadakan bersempena dengan programTechnology Preview & Showcase 2015anjuran organisasi tersebut pada 26 Oktober 2015 di Dewan Tun Dr. Ismail, Agensi Nuklear Malaysia, Bangi. YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah melancarkan keenam-enam buku tersebut.

Dalam ucapan perasmian, beliau berharapagar setiap karya yang dihasilkan ditulis dengan bahasa yang mudah supaya salah faham dan salah tafsir terhadap ilmu yang berkaitan dengan bahan radioaktif ini dapat diperbetulkan. Hal ini mampu meningkatkan kefahaman masyarakat umum mengenai aplikasi sains dan teknologi nuklear yang bersifat dwiguna (dual use), iaitu persenjataan dan keamanan.

Penyampaian cenderamata daripada DBP kepada YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Penyampaian cenderamata daripada DBP kepada YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Menurutnya lagi, cabaran besar bagi komuniti sains, teknologi dan inovasi (STI) ialah “memanusiakan inovasi”, iaitu memastikan seluruh anggota masyarakat, terutama di peringkat akar umbi, lebih mudah memahami STI serta dapat merasai impak STI dalam urusan kehidupan harian dan kualiti hidup mereka. Dalam hal ini, kita perlu menggunakan bahasa yang lebih mudah difahami untuk menarik minat dan pelibatan mereka ke arah agenda STI negara yang lebih inklusif.

Enam buah buku yang dilancarkan berjudul Bahan Radioaktif dan Manusia, Pemprosesan Sinaran bagi adunan Polimer Polivinil Klorida dan Getah Terepoksida, Kaedah Ujian Tanpa Musnah (UTM) Terhadap Konkrit Stuktur, Transforming Malaysian gaharu Industry With Science, Technology and Innovation, Pemetaan Keradioaktifan Marin Di Malaysia, dan Sinaran dan Keradioaktifan Alam Sekitar. Semua buku ini dihasilkan oleh penulis (pakar dan penyelidik) Agensi Nuklear Malaysia berdasarkan hasil penyelidikan yang dilaksanakan dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan teknologi nuklear.

majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Nuklear Malaysia dan DBP.

Majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Nuklear Malaysia dan DBP.

Turut diadakan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Nuklear Malaysia dan DBP. Nuklear Malaysia diwakili oleh Ketua Pengarahnya, Datuk Muhammad Lebai Juri, sementara Ketua Pengarah DBP, YBhg. Datuk Dr. Haji Awang Sariyan, mewakili organisasinya.

 

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1035465
    Visit Today : 243
    This Month : 18064
    Total Visit : 1035465
    Hits Today : 1544
    Total Hits : 4247634
    Who's Online : 7
  • Kategori