Oleh JA’AFAR HAMDAN

 

Secara umumnya, kedudukan ekonomi orang Melayu hari ini masih meruncing. Ketidaksamaan dalam masyarakat agak menggerunkan kita. Pada masa yang sama, kita berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam meneruskan agenda ekonomi Melayu. Kita bersaing dalam ekonomi yang lebih terbuka. Kita berhadapan dengan fahaman kesamarataan yang menentang sebarang pelaksanaan agenda Melayu. Agenda Bumiputera sebagai Agenda Nasional tidak boleh dilaksanakan secara picisan atau terpisah daripada kerangka besar ekonomi negara. Ia mesti dilaksanakan secara insklusif, komprehensif dan merentasi semua sektor ekonomi.

Petikan Ucapan YAB Timbalan Perdana Menteri bersempena Majlis Perasmian Persidangan Agung UMNO 2014.

 

Encik Mohd. Nizam Mahshar, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) selaku tokoh pembicara Siri Wacana Fikrah Ummah kali ke-6.

Encik Mohd. Nizam Mahshar, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) selaku tokoh pembicara Siri Wacana Fikrah Ummah kali ke-6.

SIRI Wacana Fikrah Ummah siri yang ke-6 bagi tahun 2015 yang berlangsung pada 21 Ogos 2015, Jumaat pukul 2.45 petang di Dewan Dato’ Hassan Ahmad, Menara DBP,  telah menampilkan Encik Mohd. Nizam Mahshar, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) selaku tokoh pembicara. Mauduknya yang berjudul “Naratif Baharu Melayu” telah membuka banyak ruang pandangan dan kefahaman dalam kalangan hadiran pada acara berkenaan.

Berpaksikan agenda ekonomi sebagai inti pati dalam perkongsiannya, terselit beberapa kerisauan dalam usaha memperkembangkan ekonomi secara mikro dan makro dalam negara. Kerisauan itu berasaskan ketidaksamarataan yang merangkumi aspek pendapatan, perolehan dan keseimbangan. Hal ini telah mencetus satu episod kesedaran yang sewajarnya diberi perhatian khusus untuk ditangani demi kelangsungan generasi kemudian hari.

HAM-21-8-15 (39) WACANA FIKRAH UMMAH 6-2015 DBPJPG

Datuk Dr. haji Awang Sariyan memulakan acara dengan memperkenalkan tokoh Siri Wacana Ummah Kali ke-6.

Berdasarkan paparan carta tentang kemajuan ketara yang dicapai dalam usaha pembasmian kemiskinan tanpa mengira kumpulan etnik bermula tahun 1970 hingga 2009 antara kaum Cina, India dan Bumiputera di semenanjung paparan carta nisbah ketidaksamaan pendapatan antara etnik pada tahun 1970 hingga 2009 yang menunjukkan pola keseimbangan itu berlaku cukup ketara.

Walau bagaimanapun, perubahan corak ekonomi yang terlalu memihak kepada keuntungan perniagaan telah menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan pendapatan antara kaum di Malaysia. Perubahan ini telah menjarakkan kesamarataan yang telah dibina selepas kemerdekaan. Berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 2015 menunjukkan 62% (sekitar 3,968 pekerja juta) ahli-ahli KWSP yang aktif adalah berpendapatan kurang daripada RM2000 sebulan; 96% (6.1 juta pekerja) memperoleh pendapatan kuran daripada RM6000. Secara umumnya, majoriti pendapatan isi rumah Bumiputera adalah daripada kadar upah.

Ini berbeza dengan negara maju lain di dunia yang mengimbangi pendapatan kadar upah dengan keuntungan perniagaan. Sebagai contoh, USA dengan kadar upah 56% berbanding 36% keuntungan perniagaan, United Kingdom 54% kadar upah berbanding 33% keuntungan perniagaan, Jepun 51% kadar upah berbanding 40% keuntungan perniagaan serta Korea 45% kadar upah berbanding 43% keuntungan perniagaan. Di Malaysia, 28% kadar upah berbanding 67% keuntungan perniagaan. Ini mengakibatkan nisbah pendapatan isi rumah kepada KDNK sejak 1995 hingga 2011 semakin mengecil jika berbanding negara maju yang lain.

Mohd. Nizam Mahshar turut menerangkan perkembangan ekonomi secara mikro dan makro dalam negara.

Mohd. Nizam Mahshar turut menerangkan perkembangan ekonomi secara mikro dan makro dalam Negara.

Kadar pertumbuhan gaji yang perlahan bagi pekerja berpendapatan rendah menyebabkan jurang pendapatan semakin melebar antara pendapatan keuntungan perniagaan dan kadar upah pekerja secara puratanya. Bumiputera sebagai majoriti mendapat kadar upah yang mempunyai pendapatan isi rumah yang lebih rendah berbanding kaum Cina yang berniaga yang mendapat keuntungan perniagaan.

Pada pertengahan 90-an, lebihan pendapatan isi rumah antara kaum telah meningkat dengan ketara iaitu lebihan pendapatan isi rumah kaum cina ke atas pendapatan isi rumah Bumiputera telah melebihi RM1000 pada 1995 dan RM2000 pada 2012. Juran pendapatan mutlak antara Bumiputera dan kaum-kaum lain telah meningkat secara konsisten sepanjang 42 tahun yang lepas. Pada 1970, jurang dengan kaum Cina ialah RM2600 setahun. Sekarang hampir 10 kali lebih tinggi iaitu RM23,000 sebulan.

Pada 2009, 12% daripada isi rumah rakyat Malaysia tidak mempunyai kekayaan, 25% tidak mempunyai aset hartanah dan 53% tidak mempunyai aset kewangan. Peratusan perniagaan yang bersaiz mikro sebanyak 88% daripada semua Bumiputera yang juga mempunyai peratusan sebanyak 90.7% daripada semua perusahaan mikro di Malaysia.

Tokoh Wacana Fikrah Ummah siri ke-6 ini juga mengambil contoh rungutan Zahra, seorang pelajar Melayu yang mengemukakan masalah tentang kos hidup, harga rumah, perbelanjaan pendidikan, kadar gaji, peluang pekerjaan, migrasi bandar dan desa serta beban hutang kepada YAB Timbalan Perdana Menteri dalam sebuah majlis. Gambaran itu dijadikan sebagai indikator golongan muda yang sedang berdepan dengan keadaan ekonomi negara. Ada lima dimensi yang dianggap mempengaruhi ketidaksaksamaan di Malaysia yang dianggap dominan iaitu Intra Etnik, Inter Etnik, Kedudukan Korporat, Bandar lawan luar bandar, dan Semenanjung Malaysia serta Sabah Sarawak.

Tuntasnya, simpanan negara telah berkurangan sekitar 40% daripada KDNK kepada 30% kerana penggunaan swasta melonjak, dan pelaburan negara merosot daripada 40% kepada sekitar 25%. Perkembangan ekonomi semasa dipacu oleh peningkatan mendadak dalam isi rumah, kerajaan, dan hutang korporat. Terdapat ketidakstabilan dalam pengaliran modal. Rizab asing menurun daripada US$130 bilion kepada US$97 bilion pada September 2014.

Pengaliran masuk modal sejak beberapa tahun kebelakangan ini membawa kepada penambahan kehadiran asing dalam pasaran bon dan ekuiti di Malaysia. Pemegang bon bukan pemastautin berjumlah RM226 bilion pada penghujung tahun lepas berkurang daripada RM257 bilion dan menunjukkan pengurangan RM30 bilion. 23.5% dalam pasaran stok merupakan pegangan asing yang berjumlah RM400 bilion.

Rakyat semakin banyak berhutang dengan hutang isi rumah diramalkan berada pada 86% daripada KDNK pada suku tahun pertama tahun ini. 150% daripada pendapatan boleh guna merupakan hutang isi rumah, melebihi leveraj negara maju yang lain termasuk Amerika Syarikat. Hutang awam menghampiri 55% daripada KDNK dan hutang korporat dianggarkan kira-kira 90-96% daripada KDNK. Secara keseluruhannya jumlah hutang meningkat sebanyak 50% daripada KDNK antara 2007 dan 2014 sedangkan nisbah hutang kepada KDNK ialah 222% pada suku tahun keempat 2013, tertinggi antara negara maju.

Akhirnya, dalam mauduk ini, En Mohd Nizam Mahshar meletakkan matlamat bahawa perlu ada usaha menangani ketaksamaan pendapatan, ketaksamaan pendapatan isi rumah, pencapaian 50% CE GDP, mencapai pelaburan RM800 bilion, mempergiatkan industri mikro, kecil dan pertumbuhan IKS Bumiputera sehingga 41% kepada KDNK, gaji minimum RM1200 sebulan, RM900 bilion PNK bumiputera daripada RM1.7 trilion dalam PNK ETP negara, mencapai 0.35 pekali gini, mewujudkan akta peluang ketaksamaan dan Akta Sabotaj Ekonomi.

Penyampaian cenderamata oleh Ketua Pengarah DBP kepada Mohd. Nizam Mahshar.

Penyampaian cenderamata oleh Ketua Pengarah DBP kepada Mohd. Nizam Mahshar.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1035097
    Visit Today : 1313
    This Month : 17696
    Total Visit : 1035097
    Hits Today : 6662
    Total Hits : 4244996
    Who's Online : 9
  • Kategori