mazlan

Judul              :           Dan Kembara Kuteruskan

Penulis           :           Mazlan Noor

Harga             :           RM 60.00

Tahun             :           2015

Penerbit         :           Dewan Bahasa dan Pustaka

 

Buku ini mengandungi sebanyak 170 buah lukisan dan sketsa serta 84 buah puisi hasil penglibatan penulis dalam menghasilkan karya sejak tahun 1973 sehingga kini. Lukisan, lakaran dan puisi di buku ini dibahagi-bahagikan kepada beberapa bab berdasarkan peringkat dan masa karya ini dihasilkan. Bab awalnya mengenai penciptaan karya penulis yang bermula dengan sketsa dan lakaran di beberapa majalah terbitan DBP. Bab berikutnya memaparkan karya-karyanya yang mengalami evolusi dan pembentukan lukisannya yang tersendiri. Karyanya yang terkini iaitu siri Zikir terbahagi kepada beberapa tahap iaitu Zikir Pohon, Zikir Pelangi dan Zikir Kaabah. Keistimewaan siri zikir ini ialah setiap titik warna di atas lukisan dihasilkan oleh penulis sambil berzikir ketika berkarya.

Dalam bab-bab seterusnya pembaca boleh melihat lakaran dan puisi yang dihasilkan berdasarkan peristiwa dan idea penulis tentang kehidupan. Dalam bab terakhir, pembaca dapat melihat beberapa reka bentuk dan wajah kulit buku terpilih hasil tangan penulis.

 

 

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1044009
    Visit Today : 430
    This Month : 26608
    Total Visit : 1044009
    Hits Today : 1157
    Total Hits : 4286130
    Who's Online : 11
  • Kategori