bankrap

 

Judul              :           Penyelesaian Kes Kebankrapan di mahkamah Tinggi Malaysia dan Pengadilan Niaga di Indonesia

Penulis           :           Tata Wijayanta

Harga             :           RM40.00

Tahun             :           2014

Penerbit         :           Dewan Bahasa dan Pustaka

 

JATUH bankrap merupakan pengalaman yang memeritkan. Banyak perkara yang asas dalam kehidupan akan terhalang jika seseorang telah jatuh bankrap. Kes bankrap memuncak apabila negara dilanda krisis kewangan pada tahun 1997.

Buku ini membincangkan dan membandingkan keberkesanan penyelesaian kes kebankrapan dari segi keberkesanan akta, bidang kuasa mahkamah, tatacara kebankrapan di mahkamah , pentadbiran harta bankrap serta kesan kebankrapan secara keseluruhan di Malaysia dan Indonesia.

Memang tidak dinafikan sama ada Pindaan Akta Kebankrapan Malaysia dan Penyemakan Akta Kebankrapan Indonesia membawa banyak perubahan positif dalam penyelesaian kes kebankrapan, tetapi sejauh mana kedua-dua akta tersebut berkesan dalam usaha menjamin faedah penghutang dan pemiutang?

Buku ini bermanfaat bagi pelajar dan pengamal undang-undang, termasuk hakim, pendaftar mahkamah dan peguam cara yang terlibat secara langsung dalam kes kebankrapan.

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1014425
    Visit Today : 454
    This Month : 33770
    Total Visit : 1014425
    Hits Today : 1360
    Total Hits : 4138162
    Who's Online : 15
  • Kategori