benih

 

Judul              :           Pembenihan Udang Galah

Penulis           :           Idris Ahmad

Harga             :           RM28.00

Tahun             :           2014

Penerbit         :           Dewan Bahasa dan Pustaka

 

BUKU Siri Usahawan Tani: Pembenihan Udang Galah ini ditujukan khusus buat pengusaha yang ingin menceburi industri ini. Terdapat banyak maklumat yang berkaitan dengan pembenihan udang galah terkandung di dalamnya, khususnya pembenihan udang galah di tempat penetasan.

Penulis memulakan buku ini dengan kitaran hidup udang galah hingga peringkat pemasaran hasil pembenihan. Selain itu penulis turut memberikan maklumat dan perkara penting berkaitan dengan pengurusan dan penyeliaan tempat penetasan.

Buku ini dibahagikan kepada lapan bab, iaitu:

1. Kenali Udang Galah

2. Penyediaan Tapak dan Peralatan

3. Sistem Pengudaraandan Air di Tempat Penetasan

4. Pengurusan dan Pembenihan Udang Galah

5. Pemakanan Benih Udang Galah

6. Pengurusan Benih Udang Galah

7. Pengurusan Rekod

8. Ekonomi Pengeluaran Benih Udang Galah

Setiap bab tersebut mengandungi banyak fakta berkenaan ciri-ciri udang, kriteria yang diperlukan dan lain-lain. Buku ini sesuai dibaca oleh semua golongan dan peringkat umur, sama ada penyelidik, pengusaha atau pelajar yang membuat kajian dan penyelidikan tentang udang galah. Pembaca umum, terutamanya peminat bidang akuakultur juga boleh mendapatkan maklumat penting daripada buku ini.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1041975
    Visit Today : 1290
    This Month : 24574
    Total Visit : 1041975
    Hits Today : 5698
    Total Hits : 4276241
    Who's Online : 8
  • Kategori