kanser

Judul              :          Apa yang Perlu Anda Ketahui Tentang Kanser Payudara

Pengarang     :           Norsa’adah Bachok

Harga             :           RM28.00

Tahun             :           2014 (cetakan kedua)

Penerbit         :           Dewan Bahasa dan Pustaka

TAHUKAH anda bahawa setiap wanita berisiko untuk diserang kanser payudara? Lebih membimbangkan jika ada ahli keluarga yang menghidapi penyakit maut ini.

Buku ini mengandungi perincian tentang pelbagai aspek yang berkaitan dengan kanser payudara seperti mengenal pasti penyakit, gejala, faktor risiko kanser, faktor pelindung, kaedah saringan, diagnosis, kaedah rawatan, dan kesan jika lewat menerima rawatan. Yang lebih menarik pengarang turut menyisipkan kisah benar penghidap kanser payudara sebagai teladan buat golongan wanita.

Pengarang turut mengupas kecenderungan pesakit yang mendapatkan rawatan alternatif untuk memulihkan kanser payudara. Akhirnya kebanyakan pesakit datang berjumpa doktor setelah penyakit semakin kronik dan sukar dipulihkan.

Buku ini sangat sesuai sebagai rujukan golongan wanita tidak mengira umur kerana penyakit ini boleh menyerang bila-bila masa apatah lagi gaya hidup dan corak pemakanan hari ini mendedahkan sesiapa sahaja kepada risiko serangan kanser.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1043351
    Visit Today : 1215
    This Month : 25950
    Total Visit : 1043351
    Hits Today : 4208
    Total Hits : 4283803
    Who's Online : 8
  • Kategori