rempit

Judul: Rempit di Malaysia: Isu dan Cabaran

Pengarang: Rozmi Ismail

Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka

Tahun: 2015

Harga: RM20.00

REMPIT merupakan aktiviti sosial negatif  yang berkembang dalam kalangan remaja sehingga pihak berkuasa sukar membendungnya. Rempit merupakan suatu fenomena peralihan bagi remaja yang wujud sementara dalam jangka masa tertentu, iaitu ketika umur awal remaja hingga akhir remaja atau awal dewasa. Buku ini merupakan suatu nukilan hasil daripada penelitian, pemerhatian dan penglibatan secara langsung penulis dengan fenomena rempit sebagai penyelidik dan kumpulan pakar psikologi yang mengendalikan program intervensi kepada golongan yang terbabit dalam fenomena tersebut. Buku ini  bukan sahaja menerangkan faktor penglibatan remaja dalam fenomena rempit di Malaysia, malah turut menerangkan kaedah mengurangkan aktiviti rempit secara program pemulihan terhadap remaja yang terjebak dalam aktiviti tersebut.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1037196
    Visit Today : 678
    This Month : 19795
    Total Visit : 1037196
    Hits Today : 2170
    Total Hits : 4254525
    Who's Online : 10
  • Kategori