ungkuaziz

 

Judul: Riwayat Ungku Aziz

Pengarang: Asmah Haji Omar

Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka

Tahun: 2015

Harga: RM90.00

PROFESOR Diraja Ungku Aziz  merupakan tokoh akademik yang ternama yang banyak menyumbang kepada pembangunan negara.  Sudah ada beberapa karya yang menceritakan riwayat hidupnya.  Oleh itu buku Riwayat Ungku Aziz ini hendaklah dilihat sebagai tambahan kepada penulisan tentang Ungku Aziz yang sedia ada. Penulis buku ini, Asmah Haji Omar menghasilkan penulisannya berdasarkan sudut pandangannya sendiri. Bahan yang menjadi kandungan buku ini diambil daripada khazanah ingatan penulis  sendiri dengan pengalaman begitu lama bekerja di Universiti Malaya (UM), dan khususnya di bawah pentadbiran Ungku Aziz sebagai Naib Canselor.  Khazanah ingatan ini disokong oleh buku-buku catatan harian ketika penulis  menjadi Pengarah Pusat Bahasa dan Timbalan Naib Canselor (Perjawatan), UM.  Oleh sebab nama Ungku Aziz sebati dengan UM, maka tidak dapat tidak, cerita berkenaan beliau dalam buku ini sebahagian besar tertumpu pada khidmat yang diberikannya  dalam usaha membina dan membangunkan universiti berkenaan.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1035981
    Visit Today : 759
    This Month : 18580
    Total Visit : 1035981
    Hits Today : 2856
    Total Hits : 4248946
    Who's Online : 16
  • Kategori