Oleh Adnan bin Abd Jamil

Seri Iskandar merupakan sebuah bandar di daerah Perak Tengah. Di bandar ini terdapat pejabat pentadbiran daerah, majlis daerah, pejabat pendidikan dan pejabat kerajaan yang lain. Di sini juga terdapat beberapa buah pusat pengajian tinggi seperti Universiti Teknologi MARA, Kolej Profesional MARA, Institut Kemahiran Belia dan beberapa buah sekolah. Oleh sebab itulah Seri Iskandar digelar ‘bandar ilmu’.

1

Pemilik stokis perlu menggantikan perkataan ‘branded’ ke bahasa Melayu.

Umat Islam, khususnya kaum wanita pasti berasa lega kerana terdapat stokis pakaian untuk masyarakat Islam. Walau bagaimanapun, pemilik stokis perlu membetulkan perkataan branded kerana perkataan bahasa Inggeris itu janggal berada dalam frasa bahasa Melayu. Premis ini sepatutnya dinamakan “Stokis Pakaian Muslimah & Hijab Berjenama”.

2

Empat buah premis ini sepatutnya mengutamakan bahasa Melayu.

Empat buah premis ini sepatutnya mengutamakan bahasa Melayu bagi menamakan kedai mereka. Tidak susah untuk menamakannya sebagai “Kedai Pakaian Fesyen Derisha”, “Butik Annanisa”, “Restoran Makanan Laut Lukman” dan “Restoran Katering Merdziah”.

3

Pengusaha kedai perlu menggunakan bahasa Melayu di papan iklan masing-masing.

Seiring dengan pembangunan pesat, banyak kawasan perumahan dibangunkan di Seri Iskandar. Rumah akan kelihatan lebih cantik dan kemas jika dihiasi permaidani. Banyak ahli perniagaan menyedari hal ini, lalu mengambil kesempatan menjual permaidani di kedai mereka. Sungguhpun begitu, pemilik kedai masih tidak menghormati bahasa Melayu. Apa salahnya jika mereka menamakan kedai mereka “Kedai Permaidani Eki”, Kedai Permaidani Baryali” dan “Kedai Permaidani & Bingkai Wali”.

4

Kedudukan “di” dalam iklan ini adalah sebagai imbuhan awalan, bukan sebagai kata sendi nama.

Kedudukan “di” dalam iklan ini adalah sebagai imbuhan awalan, bukan sebagai kata sendi nama. Oleh itu, imbuhan awalan ini hendaklah digabungkan dengan kata dasar selepasnya, iaitu “disewa”. Kata sendi nama “di” dijarakkan daripada frasa atau kata nama yang mengikutinya jika berfungsi sebagai kata sendi nama. Contohnya, “di kedai”, “di Malaysia” dan seterusnya.

5

Azlina menjual pelbagai jenis pakaian, terutama batik di kedainya. Oleh sebab itulah dia digelar Azlina Batik. Jika bukan begitu maksudnya, Azlina hendaklah mengikut hukum D-M bagi menamakan kedainya, iaitu “Kedai Batik Azlina”. Contoh penulisan nama kedai yang paling tepat ialah “Ikan Bakar Pak Teh”. Hukum D-M menetapkan supaya unsur yang diterangkan (D) kata utama harus didahulukan daripada perkara yang menerangkannya (M).

Untuk kemudahan pengguna bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyediakan Ruangan Khidmat Nasihat Bahasa dan menerbitkan Siri Lembar Bahasa sebagai panduan bagi menamakan bangunan, syarikat, jalan, taman perumahan, perkhidmatan, pusat rekreasi, fesyen dan program media. Ruangan Khidmat Nasihat Bahasa dan Siri Lembar Bahasa dapat dicapai melalui Laman Sesawang DBP – http://www.dbp.gov.my.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1053409
    Visit Today : 354
    This Month : 1662
    Total Visit : 1053409
    Hits Today : 835
    Total Hits : 4324353
    Who's Online : 18
  • Kategori