Oleh NURDIANA BINTI MOHD NOR

Sebahagian penonton yang menghadiri pelancaran BBK 2014 peringkat kebangsaan.

Sebahagian khalayak yang menghadiri majlis pelancaran BBK 2014 Peringkat Kebangsaan.

MAJLIS pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2014 Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 14 Oktober 2014 bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Majlis disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Antara jemputan kehormat yang turut menghadiri majlis pelancaran ini ialah, YBhg Tan Sri Datuk Seri Utama Dr Rais bin Yatim, Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia, YBhg Profesor Dato’ Seri Dr. Md. SalehYaapar, Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), YBhg Datuk Haji Awang bin Sariyan, Ketua Pengarah DBP, YBhg Tan Sri Dato’ Mohamad Zainal bin Zabidi, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, YBhg Tan Sri Dr.  Madinah binti Mohamad, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, YBhg Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,  YBhg  Tan Sri Dato’ Seri Dr. Aseh bin Haji Che Mat, Presiden Perbadanan Putrajaya, YBhg. Profesor Dr. Zaharani bin Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP dan para pegawai tinggi kerajaan.

Datuk Dr Haji Awang  menyampaikan ucapan alu-aluannya.

Datuk Dr Haji Awang menyampaikan ucapan alu-aluannya.

Antara tujuan Bulan Bahasa Kebangsaan diadakan adalah untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia serta menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan

Datuk Dr Haji Awang bin Sariyan, dalam ucapan alu-aluannya, berkata, program Bulan Bahasa dan Kebangsaan wajar diteruskan bagi memastikan dasar bahasa kebangsaan tidak diabaikan peranannya sebagai alat perpaduan kebangsaan dan wahana dalam segala aspek pembinaan negara.

“Bahasa Melayu benar-benar bermartabat apabila bahasa itu dimartabatkan oleh seluruh warganegara pelbagai peringkat melalui penggunaan yang meluas dan berkesan dalam semua aspek kehidupan,” kata beliau.

Menurut beliau lagi, “antara inisiatif baru yang melonjakkan bahasa kebangsaan termasuklah usaha menggerakkan semula Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM), program penerbitan berpakej, dan pemberian hadiah karya ilmiah dan program audit bahasa Melayu di seluruh kementerian, kerajaan negeri dan program penarafan bintang bahasa kebangsaan.”

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin menyampaikan ucapan perasmian.

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin menyampaikan ucapan perasmian.

Dalam ucapan perasmian, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin berharap, semua pihak meningkatkan iltizam, untuk menjayakan dasar bahasa kebangsaan yang merupakan salah satu dasar dan pancang negara yang sama pentingnya dengan dasar-dasar ekonomi, pertahanan dan segenap kehidupan negara lain.

Menurut beliau, walaupun telah banyak kejayaan dicapai dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan, namun masih banyak ruang yang perlu ditingkatkan. Beliau menegaskan bahawa penggunaan bahasa yang betul dan aspek mutu bahasa yang digunakan perlu ditingkatkan lagi.

“Saya menyeru semua warganegara tanpa mengira asal, keturunan agar memberikan nilai yang tinggi kepada bahasa kebangsaan dan sama-sama bergerak memajukan bahasa dan persuratan kebangsaan,” tegasnya lagi.

Beliau turut menyeru agar kerajaan syarikat (GLC) menyumbangkan sesuatu dalam pemerkasaan bahasa kebangsaan melalui sektor ekonomi dan mengantarabangsakan bahasa kebangsaan melalui jenama atau label produk agar masyarakat luar negara mengenali bahasa kebangsaan.

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin menyempurnakan gimik pelancaran.

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin menyempurnakan gimik pelancaran.

Beliau turut menyeru perkhidmatan awam agar menggunakan bahasa kebangsaan yang betul. Malah beliau berharap DBP terus melaksanakan audit bahasa di jabatan kerajaan dan menghantar laporan kepada kerajaan untuk tindakan dan susulan penambahbaikan.

Dalam majlis pelancaran tersebut, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin menyampaikan Hadiah Karya Ilmiah 2014 kepada penulis yang menghasilkan buku ilmiah bidang sains dan teknologi berbahasa Melayu bertaraf tinggi yang dimenangi oleh Profesor Madya Mat Rofa Ismail dengan bukunya yang berjudul Mantik dan Etnomantik, terbitan DBP. Beliau menerima hadiah wang tunai RM 20, 000.00 dan sijil penghargaan.

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin turut menyampaikan watikah kepada anggota Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM). Seramai 19 orang anggota daripada 19 buah negara telah dilantik bagi tahun 2014-2016.

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin menyampaikan Hadiah Karya Ilmiah 2014 kepada Profesor Madya Mat Rofa Ismail.

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin menyampaikan Hadiah Karya Ilmiah 2014 kepada Profesor Madya Mat Rofa Ismail.

Bersempena dengan Bulan Bahasa Kebangsaan, aktiviti Kembara Bahasa telah diadakan pada 12 hingga 15 Oktober 2014. Ia melibatkan acara berkonvoi di seluruh negara dari utara, selatan, timur, tengah, Sabah dan Sarawak. Kembara Bahasa antara aktiviti yang bukan saja menarik minat peserta dalam negara, malah peserta dari Brunei Darussalam, Thailand dan Singapura juga.

Semoga program Bulan Bahasa dan Kebangsaan ini dikekalkan pada tahun-tahun hadapan, dan menjadi wadah mengembangkan bahasa dan persuratan Melayu, seterusnya memartabatkan bahasa Melayu di persada dunia.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1049829
    Visit Today : 674
    This Month : 32428
    Total Visit : 1049829
    Hits Today : 4105
    Total Hits : 4308866
    Who's Online : 17
  • Kategori