astronomi

Judul        : Astronomi dan Astrofotografi

Penulis    : Mahamarowi Omar

Harga       : RM 70.00

Tahun      : 2014

Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Penelitian penulis mendapati bahawa pengetahuan asas para pelajar dalam bidang astronomi amat rendah. Ramai yang berminat untuk mempelajarinya tetapi tidak tahu cara dan bagaimana untuk mempelajarinya. Penulis pun menggauli bidang ini secara tidak formal, iaitu sebagai salah satu kurikulum yang dipilih semasa menuntut bidang perubatan dan pergigian di Universiti Sains Malaysia.

Kekurangan buku bidang astronomi dalam bahasa Melayu mendorong penulis menghasilkan buku ini. Sumber utama penulisan buku ini adalah melalui pembacaan dan pengalaman penulis sendiri terutamanya dalam bidang astrofotografi.

Penulis membahagikan buku ini kepada kepada 14 bab, iaitu: 1. Pengenalan Astronomi 2. Alam Semesta dan Bimasakti 3. Sistem Suria serta Kandungannya 4. Mencerap Matahari dengan Selamat 5. Bulan 6. Planet 7. Carta Bintang 8. Komet, Meteor dan Satelit 9. Kejadian Gerhana Matahari dan Bulan 10. Pencerapan Objek Samawi 11. Memahami Astrofotografi 12. Pencemaran Cahaya 13. Kepentingan Astronomi dan Astrofotografi

Sesuai dengan matlamat penulisannya untuk memperkenalkan bidang astromi dan astrofotografi, konsep-konsep asas astronomi dijelaskan terlebih dahulu, supaya pembaca dapat memahami alam semesta, bimasakti, sistem suria, bumi, bulan dan planet, nebula, dan gejala-gejala alam semesta.

Penulis menggunakan teknik “penceritaan” penjelajahan angkasa secara imaginasi. Teknik ini amat berkesan sekali dan memudahkan kefahaman tentang apa itu alam semesta jika dilihat dari angkasa.

Buku ini sesuai untuk para pelajar yang baru mendekati bidang astronomi dan peminat bidang ini secara umum. Penulis menurunkan banyak petua dan teknik khusus untuk menguasai astronomi dan astrofotografi.

-HASSAN ALIAS

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1035085
    Visit Today : 1301
    This Month : 17684
    Total Visit : 1035085
    Hits Today : 6453
    Total Hits : 4244787
    Who's Online : 9
  • Kategori