Judul : Pulau Tanpa Cinta
Penulis : Jasni Matlani
Pengulas : Nurdiana Mohd Nor
Harga : RM 20.00
Tahun : 2014
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Riwayat Pandora mengisahkan kekejaman dan pemerintahan kuku besi presiden. Kisah-kisahnya dimunculkan daripada kaca mata protagonis ‘Aku’ dan kisah-kisah di Pulau Pandora yang berhubung kait dalam menonjolkan pemerintahan kuku besi serta penindasan Presiden terhadap penduduk Pulau Pandora. ‘Aku’ merupakan seorang penulis yang menentang Presiden melalui karyanya yang mengkritik kezaliman Presiden. Seperti mana penentang-penentang Presiden yang lain, ‘Aku’ ditangkap, diseksa dan disumbat ke penjara.
Novel ini ditulis oleh Aku melalui imbas kembali dan imbas hadapan terhadap segala bentuk peristiwa di Pulau Pandora yang berkaitan dengan kezaliman Presiden serta serigala-serigalanya. Secara keseluruhannya, penulis telah melakukan percubaan yang berani untuk menghasilkan bentuk-bentuk sastera yang baharu dan segar, dan pada masa yang sama menyampaikan kritikan sosiopolitik yang universal sifatnya.