Judul : Penjagaan Kesihatan Wanita: Amalan Tradisi dan Moden
Penulis : Shariffah Suraya Syed Jamaludin
Harga : RM 45.00
Tahun : 2013
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
WANITA merupakan penjaga kesihatan keluarga yang utama. Kerajaan Malaysia mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh wanita dalam menjaga kesihatan keluarga. Fokus utama buku ini menjurus kepada penjagaan kesihatan wanita di Malaysia, khususnya wanita Melayu yang merupakan kaum utama di Malaysia. Selain itu, aspek penjagaan kesihatan wanita Cina dan India turut dibincangkan.
Tujuan utama penulisan buku ini adalah untuk memaparkan amalan penjagaan kesihatan sebagai sistem budaya yang didasari kepercayaan, nilai dan norma masyarakat. Buku ini menerangkan pandangan dunia kaum wanita di Malaysia dalam memberikan makna kepada kesihatan dan amalan penjagaan kesihatan yang dilakukan bagi mengekalkan kesihatan mereka.
Pengertian sihat, penjagaan kebersihan, amalan harian dalam penjagaan kesihatan wanita turut dibincangkan dalam buku ini. Selain memaparkan amalan budaya dalam penjagaan kesihatan wanita, buku ini turut menyentuh kesan saintifik dan prespektif agama Islam ke atas amalan penjagaan kesihatan yang dilakukan.
Buku ini disasarkan kepada masyarakat umum, terutamanya golongan wanita, pelajar, penyelidik, ahli antropologi dan sosiologi serta mereka yang berminat mengetahui amalan penjagaan kesihatan wanita. Buku ini juga boleh dijadikan sebagai sumber rujukan kepada mereka yang memerlukannya dan dimanfaatkan oleh setiap golongan masyarakat sekali gus menyumbang ke arah penjagaan kesihatan masyarakat.