Judul              :          Ilmu Sejarah:  Falsafah, Pengertian, Kaedah

                                     dan Pensejarahan (Edisi Kedua)

Penulis          :           Muhd. Yusof Ibrahim

Harga             :           RM 50.00

Tahun             :           2013

Penerbit        :           Dewan Bahasa dan Pustaka

 

BUKU Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian, Kaedah dan Pensejarahan merupakan edisi baharu yang disemak dan diperluas daripada buku sebelum ini yang berjudul Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Pada asasnya, buku ini masih membicarakan perkara yang berkaitan teori, pengertian dan kaedah sejarah, namun perbincangannya telah diperluas.

Pertambahan sama ada daripada maklumat mahupun penghujahan telah dilakukan dengan memuatkannya dalam pelbagai bab yang asal. Antaranya kemunculan konsep dan golongan pascamodenisme dan cabarannya terhadap sejarah dan ilmu sejarah termasuklah cemuhan Francis Fukuyama bahawa sejarah sudah tamat, pengukuhan tentang kedudukan dan kepentingan sejarah sebagai ilmu berautonomi dan pengukuhan sejarah dari sudut agam, terutamanya Islam.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1046303
    Visit Today : 1199
    This Month : 28902
    Total Visit : 1046303
    Hits Today : 3925
    Total Hits : 4294490
    Who's Online : 9
  • Kategori